Doktor Bukan Tuhan

Kuala Lumpur-20130423-01210

Hensem tak saya? 23 April lepas adalah appoinment saya dengan doktor orto di PPUM. Saya sendiri tak ingat ini kali ke berapa.

Sebenarnya hati saya berdebar-debar tapi tidaklah sedebar Mama saya yang penakut tu. Sayakan masih kecil, so tak berapa nak takutlah nak jumpa doktor berbanding orang dewasa kan?

Sementara tunggu nombor giliran, saya suka main game. Boleh tenangkan hati. Boleh rehatkan minda. Takdelah Mama risaukan saya.

Doktor yang periksa saya adalah doktor perempuan. Lega. Tapi yang monitor doktor perempuan tu adalah doktor lelaki. Tak berapa suka.

Masa doktor bercakap-cakap dengan saya, saya pandang wajah Mama saya. Cuak, sedih, takut, nak menangis. Itulah Mama saya. Saya tahu Mama saya risaukan saya. Tidak seperti Babah saya yang tenang tapi dalam hati siapa yang tahu. Babah saya selalu kontrol macho depan saya sebab kami kan lelaki. Lelaki harus kuat. Lelaki harus cool.

Saya masih kecil dan masih banyak yang harus saya pelajari. jadi saya tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan saya. Saya malu nak nyatakan pada Mama. Saya takut Mama susah hati. Mamah nangis-nangis seperti selalu saya lihat selepas Mama solat. Saya tahu Mama saya sedih mengenangkan nasib saya. Mama…doktor bukan Tuhan. Mama teruslah berdoa agar kaki adik akan pulih.

Peluk sayang dariĀ Adik.

Mungkin inilah perasaan Qayyum. Saya selalu tidak tahu apa yang disimpan dari dalam lubuk hati anak saya, Qayyum. Memang dia selalu sembunyikan perasaan dia pada saya. Tapi naluri ibu mungkin inilah perasaan dia. Mungkin bila dia dah besar, dia boleh jawab. Saya cuma gambarkan perasaan dia yang tidak terucap. Doa Mama tidak pernah putus buat anak-anak Mama.

 

2 thoughts on “Doktor Bukan Tuhan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge