Seminar Buat Duit Dengan Blog & iPad Mini

Dengan hati berbalam-balam samaada nak pergi atau tidak ke Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 (#SBDdB13) anjuran Denaihati.com hari ini akhirnya berbaloi-baloi sangat. Sebenarnya rasa cuak, takut, malu (memang sifat saya) menghantui diri saya sejak dari hari Jumaat lagi. Dalam pada itu sibuk jugak asyik tanya Abg Denaihati, ada ke idak nama saya. Tanya kat Faceboook Abg Denai…tanya kat blog Abg Denaihati. Nasib baik dia memahami saya yang tak berapa faham ni…hehehehe…..

Terasa diri ini begitu kerdil sekali bila tengok bloggers yang dah otai. Takde sorangpun yang saya kenal pada mulanya. Tapi dalam takde tu ada gak yang saya kenal macam Aslam, Cik Lily Putih, Bro Framestone, Cik Laili dan MyraJay.

Barisan panel-panel yang awesome. Dari kiri Ikhwan dari amanz.com, NisaKay dari www.nisakay.com, Abang Hensem dari abangensem.com, Mohd Suhaimy dari WangCyber dan Mr Titan dari ohcikgu.com.

Kredit gambar pada Bro Framestone sebab sudi taja gambar…ngeh!ngeh! saya tak sempat nak suruh amik gambar sangat. Harap ehsan dari paparazzi je…

Bukan takat dapat ilmu dapat hadiah cabutan bertuah lagi. Macam-macam ada seperti iPad Mini, Samsung S4, Samsung S3 Mini, Tiket Legoland, Tiket USS Singapore, Pakej ke Kemboja dan macam-macam lagi. dalam hati dah berkenan ngan Samsung S4. Harap-harap dapatlah nama bertuah hari ini.

Dalam sibuk-sibuk tukar2 Facebook ngan 2 orang kawan baru, Cikgu Siti dan Cikgu Liza…tiba-tiba nama saya diumumkan. Marlini Binti Matusan memenangi mini iPad. Allahuakbar. Terkejut beruk saya. Sungguh tak sangka. Gigil satu badan menyambut hadiah tu. Senyum sampai ke telinga kot….Alhamdulillah.

Kredit gambar lagi buat Bro Framestone 🙂

Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Mohammad Sahar Mat Din (Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia) sambil diperhatikan oleh Abg Denaihati.

Mak malu sampai gigil kaki. Selalu mak tak pernah lucky tapi alhamdulillah…hari ini ada rezeki buat mak. Dapat lucky draw sambal kentang dari DLike Delight lagi. Terima kasih buat semua penaja.

Kredit gambar pada Abg Denaihati.

Terima kasih juga buat anak-anak Mama, Balqis dan Qayyum yang faham kesibukan mama berblogging walaupun suam-suam kuku jek. Terima kasih tak terhingga buat Encik Suami yang memahami kehendak isteri dia yang suka sangat menulis. Sudi hantar walaupun saya tau nak pergi sendiri. InsyaAllah…selagi ada idea selagi itu saya takkan berhenti menulis.

Lepas ni…saya nak ajak suami, anak-anak, adik-adik, sedara-mara, kawan-kawan…buat blog. Hehehehehehe……

 

70 thoughts on “Seminar Buat Duit Dengan Blog & iPad Mini”

  1. Wah, tahniah Cikpuan Alin Marlini. 🙂

    Seronok kan? … Kami Blogger Malaysia Mesir tak dapat join, exam. 🙂

    Bulan 7 nnati baru balik cuti. 🙂

  2. dalam takut nak pergi sebab tak ada kawan. akhirnya menang iPad mini. tahniah…

    aku pun nak gigil dan takut lah sebelum gi mana-mana event, supaya bertuah sikit 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge