Bersama blogger di SBDdB13

Assalamualaikum..niat dihati konon-konon nak buat entri sulong dengan iPad mini. Tapi dari malam tadi sampai ke siang masih terkial-kial. Dan akhirnya guna PC jek…huhuhu…

Secara jujur saya ni pemalu dan penakut orangnya. Kalau nak kemana-mana mesti nak berteman. Tapi kali ni saya nekad pergi sorang-sorang. Dan akhirnya dari takde kawan saya dapat ramai kawan. Ramai bloggers yang tidak dikenali…dikenali tapi sayang tak sempat nak berpossing ngan Kak Kujie dan Eryqazz. Orang yang pertama saya tegur di #SBDdB13 ialah Cikgu Liza. Dan kami terus bertukar2 FB.

Orang kedua yg saya kenal seorang Cikgu jugak, Cikgu Siti.

“Jual apa”? tanya mereka. Berkerut dahi saya. Bila lihat banner kat depan tu “Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013. Saya senyum.

“mmmm..jual kek” jawab saya.

“Blogger ke” tanya saya pulak. Dua2 menggeleng kepala.

“Awak blogger ke” saya angguk sambil senyum. “Tapi saya blogger suam2 kuku jek. Blogger syiok sendiri” Saya pun menerangkan serba sedikit mengenai apa itu blog.

Bila dah ramai2 tu saya usher2 gak kot2 ada blog yg saya kenal tp tak cam tapi dalam ramai2 tu saya terlihat nametag MyraJay. Tadi dah cakap-cakap congrats tapi still tak cam dia. Bila dah perasan nametag dia, baru saya perasan dan gedik2 nak jumpa dia jugak. Gambar takdak sebab bukan dr kamera saya. Sapa2 ada gambar kami sila tag di FB saya ek..

Perasaan : sungguh tak sangka dapat gak jumpa MJ

Kredit gambar buat Azman Ismail 🙂
 

Masa tengah que nak register gambar dah perasan Cik Lily Putih kita ni…nak tegur rasa segan yang amat. So, kontrol dulu…jap2 gilah tegur….bila dah nak balik tu..apa lagi kita serbu Cik Lily Putih.

Perasaan : mestilah suka yang amat. ingat sampai sekarang.

Dan yang paling manis akhirnya saya dapat jumpa Abang Zarul Umbrella yang meletop ni. Dia ni sentiasa nampak muda jek. Dan dia sangat sporting. Tak lekang dari senyuman.

Perasaan : semua bercampur baur…bajet retis gitew…

Selain bloggers yang sempat possing bersama saya ada jugak saya jumpa di #SBDdB13 tapi tak kenal dan akhirnya Denaihati Ilhamku yang memperkenalkan antara kami ialah :

  1. Azman Ismail dari www.azmanisma.com
  2. Eyriqazz dari www.eyriqazz.com
  3. Hisyamudin dari http://shakiddo.com/
  4. Pak Lan dari http://www.akulahpaklan.com
  5. Bro Framestone dari http://www.broframestone.com/ terima kasih sebab diri ini rasa seperti retis…hahahaha…
  6. Kak Kujie dari http://www.kujie2.com
  7. Anarm dari http://anarm.net/blog/
  8. Reezluv dari http://reezluv.com/

Dan ramai lagi yang saya tidak kenal di #SBDdB13 tapi saya jadi kenal di Facebook. InsyaAllah…hari demi hari saya akan terus cuba guna ipad mini sebagus yang yang boleh sebab sampai ke hari ini saya masih tak reti-reti nak update…:)

InsyaAllah…saya akan terus gunakan ilmu-ilmu dari sifu-sifu masa #SBDdB13. Saya akan terus berusaha untuk dapat income ribu riban..hehehehehe. Dan saya akan terus berusaha memantapkan penulisan saya.

48 thoughts on “Bersama blogger di SBDdB13”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge