Langkah Atasi Si Anon @ Haters

Selama hampir 4 tahun saya ceburi dunia blog ini walaupun masih suam-suam kuku, pertama kali saya mendapat komen dari Si Anon. Alhamdulillah. Komen itu sekurang-kurangnya dapat menambah apa kekurangan kita kan.

Terima kasih atas segala komen kasar Si Anon tu. Walaupun teguran itu agak PANAS tapi saya terima dengan hati terbuka.

Tapi akak nak tegur sikit ye Dik Non…silalah tegur dengan komen yang membina. Yang penuh berhemah. Yang penuh budi bahasa. Akak tak marahpun Dik Non sebab mungkin dengan komen Dik Non tu mungkin membuka mata akak ni. Cuma pandai-pandailah menyusun bahasa. Jika bahasa Dik Non kasar, apatah lagi empunya dirikan?

Dari beberapa blog yang pernah menjadi serangan Si Anon ni…ada beberapa cara untuk mengatasi Si Anon ni :

  1. Bila baca komen mesti hati kita panas jek kan? Rilekskan diri dulu. Tenang. Kemudian balaslah dengan kata – kata lembut sebab kalau balas dengan kata-kata pedas nescaya perang besarlah nanti. Ko sewel…Aku lagi sewel nanti 🙂
  2. Ambil positif. Fikirkan untuk kebaikan sahaja. Agaknya dorang ni peminat giler blog kiter kot. Tapi malu nak ngaku..
  3. Kita bukan sempurna dimata Tuhan apatah lagi di mata manusia.
  4. Diam diri. Kalau korang taknak sakit hati lebih baik diamkan diri. Biarlah apa Si Anon ni nak kata janji dia bahagia. Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang buruk jadikan sempadan.
  5. Dan akhir sekali korang delete jek. Bila Si Anon dah penat menaip berhentilah dia. Silap haribulan dia jadi peminat setia kita kot.

9 thoughts on “Langkah Atasi Si Anon @ Haters”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge