Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

~Entri Melekat~

Jam menunjukkan 2.16 pagi. Alhamdulillah, sudah berapa hari tidak hujan..akhirnya dipagi Ahad ini hujan melimpahi bumi. Mata ini tidak dapat lelap akibat siang tadi dah tidur. Dengan izin suami, saya meneruskan karya peribadi saya. Saya tahu…tidak semua suka apa yang kita tulis dan buat tapi sebagai seorang blogger picisan saya akan terus bijak menanganinya. Ingat ya…bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Dan perkara itu yang saya perolehi dari Seminar Buat Duit dengan Blog 13 anjuran Denaihati tempohari.

SAM_1579

5 panel memberi hujahan masing-masing tapi saya terpaut dengan hujahan En Titan. Beliau mempunyai lebih dari 5 buah blog. Cuba bayangkan bagaimana beliau menguruskan blog-blog beliau yang sentiasa up to date dari hari ke hari. Semasa di seminar #SBDdB 13 tempohari, memang saya agak kagum dengan beliau padahal baru pertama kali kenal siapa itu En Titan dari  ohcikgu.com  sehinggakan orang sebelah sibuk bincangkan hal lain pun saya tak endahkan.

Rupa-rupanya En Titan terkenal dengan kehebatan beliau dan Affiliate. Sebelum ini ada jugak baca tentang Affiliate tapi selalu tak endahkan. Rupa-rupanya masih banyak peluang buat duit dengan blog. Cuma hendak dengan tak hendak je.

Apa itu Affiliate? Affiliate ini adalah satu produk atau iklan orang lain yang ditumpangkan di dalam blog kita. Setiap kali pengunjung klik iklan Affiliate di blog, kita akan mendapat income mengikut penaja masing-masing. Menarik kan? Saya belum cuba dan akan cuba secepat yang mungkin.

Apa yang saya dapat rumuskan berkenaan hujahan Mr Titan, 4 perkara sahaja iaitu Khusyuk. Kagum. Kaget. Kacak.

Khusyuk dengan hujah-hujah yang dilontarkan beliau. Bagaimana dari zero sehingga $$$$$ dan menjadi seorang yang dikagumi hanya kerana beliau seorang blogger.

Kagum dengan usaha beliau yang menjadikan Affiliate walaupun saya masih blurr apa Affiliate sebagai sumber pendapatan sampingan beliau.

Kaya. Bukanlah niat menjadi seorang blogger untuk menjadi kaya raya. Tapi apa salahnya menambah pendapatan sampingan untuk menjana pendapatan keluarga.

Kacak. Tak terkalah dek kekacakan beliau. Kekekekekeke. Mungkin disebabkan tag line Kacak itu membuat En Titan makin popular.

Alin Marlini : dengan adanya mini iPad yang saya menang masa #SBDdB13 tempohari lebih memudahkan saya terus dekat dunia blog ini. Lebih senang postkan entri terkini. Lebih bersedia untuk buat duit dari blog picisan saya ini. 🙂

Jangan lupa vote saya dengan klik button G+1  dan SINI..

93 thoughts on “Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati”

  1. Program affiliate ni kalau dibuat dan dilaksana dengan betul memang masyukk. Tapi hati-hati dengan program yang menyamar guna kulit affiliate. Biasanya program ni free, tapi yang kenakan bayaran tu eloklah tinggal.
    Cikgu Hairul recently posted..Kemalangan Tak NgeriMy Profile

  2. salam kenal alin, and suka baca entry-entry you all pasal buat duit dengan blog ni..walaupun sekadar suka-suka berblog, alhamdulillah kan kalau ada rezeki dari usaha sendiri..kena banyak belajarkan cara-cara yang betul.
    raudzah recently posted..Si Penyu “Perokok” TegarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge