Kenapa Abah Degil Sangat?

 

image

Ini abahku…usianya dah menjangkau 66 tahun. Abah kahwin lambat. Beza usia abah dan mak, 10 tahun. Tapi alhamdulillah, dah lebih 30 tahun usia perkahwinan mereka. Orang kata kalau lelaki lebih tua, mereka matang.

Abah tak banyak cakap jika dibandingkan mak yang lebih kepada bebelan sayang. Dan aku juga sama dengan sikap abah. Cuma jika salah timing aku akan membebel mengalahkan burung kakak tua membebel. Abahpun macamtu…sampai 1 tahap kita boleh menangis bila abah mula bersuara.

2 minggu selepas hari raya puasa tahun lepas, abah diserang sakit jantung. Nasib baik bertindak pantas. Keadaan abah tidak begitu membimbangkan. Doktor kata otot jantung abah lemah disebabkan usia. Sebagai anak kesayangan abah (biasalah anak sulong pompuan mesti rapat ngan bapakkan) aku sentiasa risaukan kesihatan jantung abah.

Sebabnya abahku ini degil orangnya. Masa mula-mula keluar hospital dulu..kemain baik sopan gitew. Suruh makan oat setiap pagi. Makan. Suruh makan ubat tepat waktu. Buat. Suruh rehat cukup-cukup. Rehat.

Setiap kali pergi rawatan susulan di PPUM, aku dan adik-adik akan teman walaupun abah bekas pekerja PPUM. Sebab kami tau..kalau tak teman mesti dia akan balik cepat sebab malas nak tunggu lama-lama.

Bila doktor kata jantung tiada masalah sangat cuma kena makan ubat , abah fikir abah dah sihat dan abah mula buat hobi lama dia. Memancing. Dah berapa kali mak membebel. Dah berapa kali aku marah-marah sayang abah tetap degil. Geram kekadang tu tapi dah hobi dia. Nak buat macamana. Kami cuma bimbangkan dia jek. Dan ada masa aku terpaksa buat-buat merajuk. Bila dia tau aku merajuk..pandai plak nak pujuk.

Abah….kakak sayangkan abah. Kakak taknak berlaku apa-apa pada abah tu pasal kakak terpaksa marah abah. Abah jangan degil-degil tau 🙂

21 thoughts on “Kenapa Abah Degil Sangat?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge