Hanya Kerana Sebatang Curut

Saya pasti ramai lelaki-lelaki diluar sana gemar hisap curut ataupun cigar. Saya lebih suka memanggilnya curut. Apa yang saya lihat, memang trendy kaum lelaki sekarang suka hisap curut. Dan rokok elektrik semakin dilupakan.

Pak Rashid saya tidak merokok di hadapan saya. Katanya, semenjak mengenali saya, dia berhenti hisap rokok. Untungkan saya? Kenal je dengan saya terus tidak merokok.

Tapi dibelakang…saya tak pasti. Itu hak dia dan saya tidak menghalangpun. Itu rokok.

Curut pulak…terang-terang dia hisap depan saya. Saya agak marah tapi selepas itu saya redha. Baik kan saya?

Kenapa saya tidak marah dan redha? Kerana saya tahu curut lebih baik sedikit dari rokok (betulkan jika saya salah info). Tapi harga curut lebih mahal kan?

Ledakkan mencuba hisab sebatang curut ini bermula dari adik ipar saya, Yuz. Dan Pak Rashid terpedaya.

image

The Embershoppe di The Curve. Kedai untuk si penggemar tembakau. Kedai yang berjaya memperdaya suami saya. Saya tidak perasan kewujudannya sehinggalah Yuz berjaya mengajak memperdaya suami saya. Katanya mahu lepak sambil mencurut.

Waktu saya mencari asal usul curut kat Pakcik Google, tak sangka rupa-rupanya Akma Omar yang saya kenal di #SBDdB13 Abang Denaihati adalah penjual supplier curut. Hebatkan kuasa wanita.

Curut adalah sejenis tembakau yang digulung dari bahan tembakau yang telah dikeringkan dan diperam. Ianya adalah sejenis tembakau yang bersih dari sebarang bahan kimia, nakotin, tar dan tidak membahayakan kesihatan.

Baunya juga agak kuat. Tapi saya suka. Dan saya suka lihat lelaki hisap curut. Nampak macho kan?

image

Suasana dalam kedai The Embershoppe. Kalau bawak Wak Tusan ni, pasti hisab paip semula. Kedainya berdekatan dengan KFC/Pizza Hut. Agak sempoi. Sambil layan curut boleh minum Cappucino.   image

Nampak? Orang yang berjaya diperdaya hanya kerana sebatang curut. Saya redha 🙂

Bermacam-macam jenis curut ada di The Embershoppe. Dari yang murah sehingga yang paling mahal.
image

Nampak si baju hijau itu. Beli satu curut yang berharga 100 ++ kongsi berdua. Kami dah tawaf satu The Curve, curut masih belum habis dihisab lagi.

Nikmat hisab curut? Jangan tanya saya..sebab saya tak pernah hisab curut. Hehehehe.

Hobi baru ini sangat tidak digalakkan buat suami saya. Dari beli sebatang curut, lebih baik bagi saya duit tu untuk joli 🙂

Entri saya hari ini bukan untuk menggalakkan orang ramai hisab curut ke rokok ke. Sekadar berkongsi kisah kehebatan sebatang curut. Ucapan berjuta terima kasih pada Akma Omar kerana sudi berkongsi maklumat.

Dan jika korang mahu rasakan kehebatan sebatang curut, boleh contact Akma Omar 🙂

Jangan lupa vote saya dengan klik button G+1  dan SINI..

21 thoughts on “Hanya Kerana Sebatang Curut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge