Review Epic Movie

Saya pasti mesti ramai yang telah menonton filem animasi EPIC di panggung wayang. Sabtu lepas saya bawa anak-anak saya menonton filem animasi ini di Cathay Cineplexes, Cineleisure, Damansara.

Pada awalnya saya nak tengok filem Fast & Furious 6 tapi atas permintaan Qayyum…yang memang dah bising-bising dengan babah dia dari minggu lepas jugak nak tengok EPIC

Kartun pun kartunlah…..

Filem EPIC ini diarahkan oleh Chris Wedges, pengarah yang sama menghasilkan Ice Age. Adaptasi dari buku kanak-kanak “The Leaf Men and the Brave Good Bugs” nukilan William Joyce.

Para pelakon yang awesome walaupun depa ni cuma kartun.

Salah seorang watak utama dalam EPIC, General Ronin. Memang macho and sweet sangat. Suara General Ronin adalah Colin Farrell. Memang watak ini dicipta khas untuk Colin Farrell yang kacak dan suara yang macho gitew. 
Watak utama seterusnya ialah Queen Tara. Permaisuri hutan. Suara Queen Tara ini adalah suara Beyonce. Patutlah awesome and sexy 🙂 
Watak Nod adalah hero dalam movie EPIC ni. Nod ni banyak main-main. Suara Nod adalah suara Josh Hutcherson.  Nod ni sangat kelakar dan macho.

Dan heroin dalan EPIC adalah Mary Katherine. Suaranya adalah Amanda Seyfried.

Professor Bomba yang merupakan ayah kepada Mary Katherine yang selalu menggelabah 🙂 Menggunakan suara Jason Sudeikis.

Ketua puak Boggans yang jahat, Mandrake. Suara digunakan oleh Christoph Waltz.

Watak Mub & Grub yang sangat menggelikan badan dan hati. Memang lawak giler deme berdua ekor ni. Asyik gelak jek. Si Lintah dan Si Siput Babi.

Kalau nak tau, alih suara Mub (Lintah) adalah suara Aziz Ansari seorang pelakon komedi di U.S. Manakalah alih suara Grub (Siput Babi) adalah suara Chris O’dowd seorang komedian juga.

Storyline/Sinopsis :-

Seorang gadis bernama Mary Katherine a.k.a M.K pulang menemui ayahnya Professor Bomba seorang saintis pelik yang mengkaji tentang kewujudan orang kerdil di hutan tempat tinggalnya. 

Satu hari M.K memutuskan ingin meninggalkan ayahnya yang dianggap pelik. M.K mencari ayahnya di dalam hutan yang dikatakan ayahnya wujudnya orang kerdil. Tiba-tiba M.K berjumpa dengan Queen Tara, permaisuri hutan tersebut yang sedang nazak dipanah oleh puak jahat Boggans yang mahu memusnahkan hutan tersebut. Queen Tara mempunyai kuasa magik yang dapat mengawal semua pergerakan hutan tersebut.

Dalam masa yang sama, Queen Tara mahu mencari seorang permaisuri baru menggantikannya. Dengan tiba-tiba M.K bertukar menjadi seorang kerdil dan Queen Tara telah memberi amanat untuk mengembalikan bunga teratai ke istananya.

General Ronin amat sedih dengan kemangkatan Queen Tara sebab dia dah lama fall in love dengan Queen Tara tu 🙂 General Ronin membawa M.K dan Mub & Grub sipenjaga bunga teratai tersebut  ke istana dan berjumpa dengan Nod.

Baru M.K. sedar bahawa memang benar dakwaan ayahnya Professor Bomba tentang kewujudan orang kerdil didalam hutan. M.K rasa sangat bersalah.

Selepas kemangkatan Queen Tara dan sementara menunggu kemunculan permaisuri baru, hutan yang begitu cantik menjadi seperti padang jarak padang terkukur akibat kejahatan Mandrake. Berbagai helah puak Boggans lakukan untuk mematikan hutan tersebut.

Dalam pada itu, M.K dan Nod berusaha meminta bantuan dari ayahnya melalui kamera litar tutup yang dipasang disekitar hutan. Dan timbul bibit-bibit cinta di antara mereka. Akhirnya ayahnya, Professor Bomba datang memberi bantuan untuk menyelamatkan hutan tersebut.

Adakah M.K bertukar menjadi besar atau kekal menjadi kerdil?

Korang kenalah tengok filem EPIC ni..

Conclusion/Kesimpulan Saya : 

Saya sangat! sangat! suka filem EPIC. Dalam banyak-banyak filem animasi, filem ni yang paling best. Mungkin berkisarkan tentang kepahlawanan jadi saya suka. Warna-warna hutan yang sangat cantik sekali. Damai. Dan suka sangatlah…anak-anak pun suka sebab kelakar jugak. 

Tapi saya tak suka sebab watak Queen Tara sekejap sangat….tak puas dengar dan tengok Beyonce yang dah macam barbie doll.

Kalau korang nak rasa berbaloi2 sihat dalam 3D…pasti cantik sekali…

Dan saya bagi 4/5 bintang 🙂 Syiokk sangat….

22 thoughts on “Review Epic Movie”

  1. dah tgk EPIC.. tp sbb 3D… jd pening kepala n xleh nk layan..asya lg la..spek tlalu besar…lgla dia xnak pakai.. lps ni x nk dh tgk y 3D.. citer n animasi not bad la.. tp THE CROOD lg best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge