Kali ke 2 di Menara Kuala Lumpur

Ini kali kedua kami luncheon di Menara Kuala Lumpur.

kredit : abang google
kredit : abang google

Restoran berputar  yang berada pada ketinggian 282 meter di puncak Menara Kuala Lumpur, Atmosphere 360. Restoran ini dicipta mengambil inspirasi sebuah kapal angkasa. Ia lengkap dengan pencahayaan dan pemandangan yang indah dan gentian optik lampu siling seperti gugusan bintang.

Selain menyediakan hidangan makan malam secara bufet, pada masa Atmosphere 360 menawarkan bufet makan tengah hari, minum tengah hari, minum petang dan minum malam, koktel serta ala carte.

Hidangan bufet untuk makan tengah hari adalah RM88 bagi dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, manakala minum tengah hari berharga RM58 untuk dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak.

Harga untuk hidangan minum petang pula adalah RM68 bagi dewasa dan RM48 bagi kanak-kanak, manakala makan malam bufet adalah RM198 bagi dewasa dan RM138 untuk kanak-kanak.

Kali ini meraikan tamat tempoh chambering buat Fathihah dan Attiya. Lepas ni dah boleh jadi peguam yang sebenar.

Makanan yang boleh tahan sedap cuma kecewa sebab udang takde..sotong takde..ketam lagilah takde…

Dan pemanis mulut yang paling digemari…Kek 🙂
Inilah bos saya 🙂 tapi akak malu nak duduk sebelah dia…hehehe

image

Attiya & Fath bersama Master 🙂 Lepas ni mungkin jarang jumpa…huhuhuhu…
Pening kepala nak pilih mana satu yang sedap ni???
apalah yang seronok sakan kaum Adam ni....
apalah yang seronok sakan kaum Adam ni….
Good Bye & Good Luck dearest Attiya
Girls only 🙂

Gendang Gendut Tali Kecapi..Kenyang Perut Suka Hati!!!

Tentang Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur :

  1. Harga pakej lunch RM88 (masuk & makan & observation deck) seorang. Bolehlah sebab bos belanjerkan 🙂
  2. Makanan tidak begitu mengujakan sangat berbanding pengalaman pertama dulu. Tapi bolehlah….tidak begitu sedap sangat dan tidak begitu tidak sedap sangat. Kecewa sikit sebab tiada lauk sotong, udang dan ketam.
  3. Air masak jugak kena bayar. Bukan percuma lagi. Yang disediakan dalam pakej ialah air kopi & teh. Air berkaler yang lain wajib bayar sendiri.
  4. Servis…oklah…dilayan tahap hotel gak.
  5. Permandangan memang asyik sekali. Boleh lihat seluruh bandaraya KL.
  6. Banyak pelancong asing yang datang dan saya nampak ada seorang uncle omputih ni tengah makan roti canai sambil angguk2 kepala. Maybe dalam hati dia kata “emmm…delicious…like candy crush”. hehehehe…
  7. Restoran akan berputar sedikit demi sedikit. Tetiba dah ada depan makanan. Alamatnya kena banyak kali bangunlah.
  8. Lepas makan boleh ke Observation Deck. Nak skodeng permandangan plak.
  9. Dari 5 bintang saya bagi 3.5 bintang.
  10. Overall memang puas hati.Sangat direkomenkan. Bila lagi mahu merasakan pengalaman mengujakan di negara sendiri kan? InsyaAllah, satu hari nak bawak ahli keluarga pulak.

18 thoughts on “Kali ke 2 di Menara Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge