Suatu Hari Di Kaki Lima Itu…

Aku suka melihat, merayap sambil membeli-belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Mengapa? Ini kerana aku bekerja di sekitar jalan-jalan itu..hehehe..mana lagi tempat aku nak jalan kan?

Satu hari, sewaktu aku melangkah keluar dari pintu utama Sogo, aku terdengar suara nyanyian yang sangat sedap, merdu dan awesome giler. Dan kelihatan manusia begitu ramai mengelilingi suara tersebut. Lagu Putih-Putih Melati sedang berkumandang. Aku terus cepat-cepat melangkah keluar sebab mungkinkah Kumpulan ST12 buat mini show depan Sogo tu….

Akupun selit-selitkan diri dicelahan orang ramai. Ternyata, tanggapan aku salah. Rupa-rupanya satu kumpulan penyanyi jalanan sedang buat mini show mereka. Ada 3 orang. Seorang bermain seruling, seorang drum dan seorang bermain gitar sambil menyanyi.

Ya!Tuhan…begitu sedap sekali suara mamat tu. Giler sedap! Aku terpegun!Aku terkesima! Sebab terlalu sedap. Bukan sahaja suara penyanyi yang sedap giler, yang main seruling pun mengasyikkan. Mendayu-dayu bila mendengar tiupan serulingnya. Kalau boleh nak lena kat situ gak. Aku ingatkan aku seorang jek beranggapan begitu, rupa-rupanya member-member opis aku pun cakap begitu. Baik lelaki apatah lagi kaum Hawa kan!

Aku ada rakam show dorang tapi biasalah kalau rakaman amatur kan….banyak kena tapis…last-last semua tertapis…hehehehe…lagipun aku belum terbiasa dengan ipad kocik ni..Kalau korang nak dengar…pilah lepak depan Sogo tu petang-petang. Mesti terasa macam dengar konsert kat Hard Rock Cafe ๐Ÿ™‚

Aku memang solute giler ngan 3 orang mamat ni. Persoalan yang bermain-main dimindaku, kenapalah mereka tidak memilih jalan untuk menjadi artis rakaman? Pilah try Akedami Fantasia ke? Mintak tips kat BONI KACAK. Mungkin mereka pernah mencuba cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Dan akhirnya mereka pilih untuk menjadi pemuzik jalanan untuk menampung kos kehidupan mereka atau mereka cuma mahu mengetengahkan bakat mereka sebagai pemuzik jalanan.

Mereka mempunyai identiti tersendiri..
Mereka mempunyai identiti tersendiri..

Lepas dengar buat apa? Buatlah apa yang patut ๐Ÿ™‚

Tak salahkan jika kita memberi sedikit terima kasih jikalau hati kita senang menikmati nyanyian mereka. Mereka tentulah tidak meminta-minta walau hakikatnya mereka ย meletak beg di hadapan mereka tapi mereka telah menghiburkan hati kita. Tidak salah berkongsi sesuatu jika perkongsian itu menggembirakan mereka.

21 thoughts on “Suatu Hari Di Kaki Lima Itu…”

  1. Memang betul pun, klu kita rasa itu adalah satu sedekah.
    Klu saya tgk pun mesti b’henti kejap tengok dan hulur2 la sikit…
    Apa salah ye rezeki yg kita dpt tu, kongsi sama2.. betul tak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge