Kurung Biru

capture-20130611-113843

Hari ini harijadi kawan lama aku, Tengku Melanie a.k.a Mel. Kawan masa zaman sekolah menengah. Kami tidaklah rapat tapi kami baik sampai sekarang. Dia pandai Bahasa Inggeris..tu sebab aku gunakan dia untuk lulus dalam Bahasa Inggeris aku :). Dia baik sangat dan aku sudah tentu lagi baik..hehehehehe. Aku masih ingat, dia datang rumah aku sambil bawak buah betik…sebab mak aku tolong jahitkan tudung dia. Sweetkan? Dan paling manis, bila Mel masih ingat kebaikan aku di zaman sekolah dulu…muahahahaha…

Dulu aku pengawas sekolah. Sebelum pengawas aku jadi pengawas pustakaan. Suka? Sukalah…sebab dapat baca buku free sambil skodeng senior-senior hensem study.

Bila menjadi pengawas sekolah lagilah suka. Glamour kooo…sapa taknak kan? Hehehehe 🙂

Sebab utama aku nak jadi pengawas, sebab nak pakai baju kurung biru + nak berlagak + nak giler glamer. Hah!hah!..tentulah tidak. Memang impian aku dari sekolah rendah nak jadi pengawas 🙂

Aku paling nyampah dengar cikgu bagi ceramah. Tak kiralah masa perhimpunan ke masa acara tertentu ke….so, bila aku jadi pengawas…aku tak payahlah nak beratur/duduk lama2 sambil dengar cikgu berucap. Aku selalu mintak jaga kat pagar2 keluar masuk sekolah. Boleh usher-usher pakwe2 hensem 🙂

Bila jadi pengawas, aku boleh makan cepat dari pelajar yang lain. So, tak payah nak beratur panjang2 pehtu tengok makanan feveret dah licin. Nangis beb!!!!Aku paling suka paw goreng bersambal kat kantin sekolah..perghh!!!!sedapnye…

Bila ada event hari guru ke…aku boleh keluar cepat…dan boleh copkan tempat kawan-kawan..hehehehe..

Lagi satu, bila aku datang lambat…aku boleh pura-pura jaga depan pagar sambil catit plak nama pelajar yang datang lambat. Kui..kui..kui..Tapi aku catit nama pelajar yang aku tak suka….yang aku suka…aku suruh blahhh cepat2…hehehehe..selamat ko Mel 🙂

Dan majoriti kawan-kawan aku kategori budak nakal yang sweets sangat. Zaman sekolahkan..biasalah…semua nakal-nakal. Tapi sekarang…semuanya hebat belaka. Lelaki2 yang suka lepak kat kedai Ah Kaw, Malan, Edy Klate, Ijam Toman, Eport, Salleh Kicap, Ajim, Jigak, Ijam Pak Itam, Faizal Tahir..eh! terselit plak nama brader ni. Memang Faizal Tahir satu sekolah ngan aku…dia senior kami. Selalu skodeng dia main gitar…hehehehe?Dan geng gugurls yang suka lepak tepi padang…Dila Tunggal, Amy, Fita, Tini, Kak Aya, Salina, Mus, Lily, Mel, Amoi, Ijue, Ina, Nonet, Ita….Ya!ampun…rindunya ngan korang.

Memang aku tak pernah catit nama korang, kalau adapun aku padam balik….hahahahaha….Dan sebab itu jugaklah aku tidak dikategorikan sebagai pengawas cemerlang.

Memori zaman persekolahan yang tidak akan luput dari ingatan. Love u alls. Ex-student Sekolah Menengah Bukit Gading 🙂

p/s : Selamat hari jadi buat kakakku yang berada jauh di Penang, Kak Normi….ada masa dan jodoh, pasti bertemu kita 🙂

10 thoughts on “Kurung Biru”

  1. Assalamualaikum alin. ehh awak sekolah bukit gading. sg bloh tu ek? sy sekolah sg pelong. hehehe bestnyaaa sy dulu jadi pengawas perpustakaan gak. motif nak usha senior hensem + suka baca buku. heheheheeeee kawan lama pun boleh kenal awak lagi. cayalah!
    Sheila Salim recently posted..Curi-Curi Cinta – Siti RosmizahMy Profile

  2. bila baca nie , akak teringat zaman akak jadi pengawas , tapi masa tu akak gemuk x der ramai kawan , tapi bila akak jenis yg jarang tulis nama kawan2 yg dtg lambat , mereka rapat dgn akak ..

    syukur , sbb akak jenis x kesah , janji mereka x melampaui batas , akak dulu pun bermula dari pustakawan 😉

    oh sungguh manis kenangan masa belajar kan 😉
    ieda recently posted..ROTI TEMPAYAN SATU !My Profile

  3. memang best jadi pengawas. dulu dah eksaited gila masa dapat interview jadi pengawas sekolah sekali tak dapat, tapi tup tup dapat jadi pengawas asrama. haha memang best! paling best tang seludup masuk barang haram dalam asrama (macam handphone dll)

    rindunya sekolah~
    Zida recently posted..Kanser Rahim Yang MenginsafkanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge