Tips Untuk Si Penggemar Candy Crush Saga

Fenomena Candy Crush Saga sedang melanda rakyat jelata. Bukan takat budak kecik…orang besar yang paling ramai menggemarinya termasuk saya.

Bak kata Bro Framestone “Perempuan Senyap Bukan Beerti Mereka Merajuk”. Bo layan sebab khusyuk alih-alih Candy Crush….mmmm…delicious….:)

Ada orang boleh bertahan. Ada orang yang tidak boleh tahan. Kadang-kadangtu…dah habis nyawa di ipad, pinjam ipod kakak Balqis plak…pun tak berjaya, alih plak kat handphone Encik Suami. Habis nyawa jugak…tak menang-menang…alih ipad Qayyum plak…berapa kali main tak menang-menang jugak. Gamaknya terpaksa rayu kat kawan-kawan bagi nyawa. Ada kawan rajin layan, dermalah nyawa. Ada yang malas layan…buat dek jek…tak main kot. Maafkan saya mengganggu ketenteraman anda ye….

Memang syok main Candy Crush ni…memang melalaikan…tapi saya tidaklah sampai begitu giler sangat sampai tak ingat benda lain. Mainpun masa dalam kereta, nak tidur seround dulu…waktu-waktu senggang..

Meh sini, saya bagi satu tips. Korang dah tak payah nak rayu-rayu kat facebook mintak nyawa baru. Kadang orang suka..kadang orang tak suka…

Korang pi kat setting. Cari Date & Time. Tukar jek tarikh korang tu kepada esoknya pulak. Kalau habis nyawa lagi..korang tukar lagi tarikh kepada lusa pulak dan seterusnya. Sampai tahun depan pun takpe..Hah! Mainlah korang sampai keras…muahahahahaha…

p/s : untuk pengguna ipad dan samsung. Yang lain cuba try 🙂

 

11 thoughts on “Tips Untuk Si Penggemar Candy Crush Saga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge