Cabaran Membesarkan Anak-Anak Zaman Milenium

Assalamualaikum…

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang berjaya pada zaman kecanggihan sekarang ini. Pelbagai anasir dan rintangan harus kita tepis.

Saya juga pernah mengalami zaman kanak-kanak. Memang seronok. Teringat…habis daun pokok rambutan kami petik untuk dijadkan duit tipu. Bila beli jajan, pakat dengan kawan-kawan jangan dibuang plastiknya. Mahu dijadikan kedai runcit mainan. Kemudian bentang tikar di bawah pohon rambutan sampai makan pun tak ingat. Mak mula hangin satu badan sambil bawah batang penyapu. Habis daun-daun kat rumah kami petik, marahlah mak.

Saya memang agak nakal pada zaman kanak-kanak. Naik basikal keliling kampung. Main sampai maghrib. Kena bantai dengan batang paip, semua itu kenangan zaman kanak-kanak. Tapi tak kemana pun nakal saya. Menjadi manusia jugak. Tapi manusia yang belum cukup sempurna di sisiNya.

Bila dah menjadi ibu bapa plak, pening kepala dengan anak-anak pulak. Mungkin perasaan ini yang mak abah saya rasa suatu ketika dahulu. Tapi zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza. Anak-anak zaman sekarang lebih agresif. Saya punya seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Saya cuba jadi yang terbaik buat mereka tapi sebagai manusia yang tidak sempurna memang banyak kesilapan yang saya akui saya silap.

Bagaimana Anda Mendidik Anak Anda?

Apabila ditanyakan soalan ini kepada ibu-bapa, ramai juga yang teragak-agak untuk memberikan jawapan. Ini kerana, ramai ibu-bapa yang kurang jelas tentang kaedah mendidik anak yang sebenar. Hasil dari pemerhatian dan survey ringkas yang saya jalankan, saya dapati, ramai juga ibu-bapa yang mendidik anak mereka dengan kaedah “sesuka hati” dan “sambil lewa” sahaja. Hanya main agak-agak sahaja tanpa memikirkan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku terhadap anak-anak mereka di dalam jangkamasa yang panjang.

Contohnya seperti….

“Diam sikit boleh tak? Bising lah!”... Itulah perkataan yang sering dikeluarkan oleh ibu-bapa apabila si anak terlampau banyak mengajukan soalan tentang sesuatu perkara!.. Perkara ini sebenarnya, secara tidak langsung akan membantutkan daya pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara. Sedangkan pada peringkat umur 3-5 tahun, sememangnya, itu adalah peringkat di mana si anak-anak akan mula banyak mengajukan soalan “kenapa?” & “mengapa?”, kerana pada peringkat ini, fikiran mereka akan mula berkembang dan ingin mengetahui dan memahami tentang sesuatu perkara.

Contoh lain….

Sering juga kita dengar, si ibu atau bapa akan berkata.. Habiskan nasi dalam pinggan tu.. kalau tidak, tak boleh pergi main!”… ujar si bapa setiap kali melihat masih ada baki makanan di dalam pinggan si anak. Jika dilihat dari perspektif ibu-bapa, ianya adalah sesuatu yang baik, kerana ia akan mengajar si anak untuk tidak membazir. Tetapi, tanpa disedari, ianya boleh menyebabkan masalah obesiti pada si anak apabila mereka besar nanti. Ini kerana, tanpa disedari, satu “mindset” akan tertanam di dalam minda mereka, bahawasanya.. “apabila makan, mesti kena habiskan!”

Jadi, cuba fikir-fikirkan semula… adakah anda benar-benar melakukan perkara yang betul di dalam mendidik anak anda?

Bagaimana Karenah Anak Anda?

Melihat keletah anak-anak kadangkala memang menghiburkan hati. Namun begitu, seringkali juga, ada beberapa tingkah-laku anak-anak ini yang membuatkan si ibu-bapa sakit hati dan naik geram.

Karenah anak-anak seperti :-

  • Tidak Mahu Mendengar Arahan..
  • Asyik Bergaduh Dengan Si Adik..
  • Tidak Mahu Makan
  • Terlalu Aktif dan Sering Hilang Di Pasaraya..
  • Mengeluarkan Kata-kata Yang Kurang Elok Depan Tetamu & Orang Ramai..
  • Suka Membuat Sepah

Sememangnya amat memeningkan kepala, ditambah lagi dengan kepenatan si ibu-bapa yang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Pastinya, ianya akan menaikkan lagi tahap “kepanasan” anda sebagai ke”tension”an anda sebagai ibu & bapa..

Jadi… Apakah Yang Boleh Anda Lakukan? Mengapa Anak-anak Anda Bersikap Demikian? Adakah Ianya Berpunca dari Kesilapan Anda Mendidik Mereka?

Ianya Bukan Silap Anda!

Sememangnya, dari sekolah rendah hingga ke universiti, kita tidak pernah diajar tentang Bagaimana Untuk Mendidik Anak?”, kebanyakkan dari kita hanya belajar mendidik anak secara tidak langsung, hasil daripada pemerhatian terhadap ibu-bapa kita , yang memelihara kita pada suatu ketika dahulu.

Sedangkan, zaman kita sewaktu kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan zaman anak-anak kita pada waktu ini. Sudah pastinya, cara didikannya juga adalah berbeza.

Persoalannya.. dimanakah anda boleh belajar, cara-cara mendidik anak yang betul?

Inilah Peluang Untuk Anda Belajar Mendidik Anak
Dengan Cara Yang Betul Dan Sebenar!

Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook “PANDUAN MENDIDIK ANAK” ini!

Tahniah! Anda kini sudah menjumpai laman web ini. Jadi, ini bermakna, anda adalah seorang yang bertuah kerana, di dalam dalam web ini, anda boleh belajar dan sekaligus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu serta teknik-teknik mendidik anak yang betul!.

Ini kerana, di dalam dalam web ini! Saya ada menyediakan sebuah ebook “Teknik Mendidik Anak Cemerlang!” , yang boleh anda gunakan sebagai panduan di dalam mendidik anak anda!

EBOOK

Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook “PANDUAN MENDIDIK ANAK” ini!

Berapakah Harga Ebook Ini?

Jika dengan membaca & mengamalkan panduan yang terdapat di dalam ebook ini, ianya dapat membantu anda menukarkan sikap anak anda dari seorang pendiam kepada ceria, dari nakal kepada mendengar arahan, dari cerewet kepada mesra dan memahami. Berapakah pelaburan yang sanggup anda keluarkan untuk menjadikan anak anda seorang anak yang sihat, ceria dan cemerlang?.

Harga sebuah alat permainan yang selalu anda belikan untuk anak anda sahaja sudah boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Sedangkan sesetengah permainan yang dibeli itu, kadangkala, tidak langsung membantu di dalam pembentukan minda & sikap yang baik untuk anak anda.

Jadi, tidak salah rasanya untuk anda berbelanja sedikit, sebagai pelaburan di dalam membentuk kecemerlangan peribadi anak-anak anda. Pelaburan yang anda perlu keluarkan untuk mendapatkan ebook ini, hanyalah RM30 sahaja..

Ya! Hanya RM30 sahaja.

Klik Disini Untuk Mendapatkan Ebook “PANDUAN MENDIDIK ANAK” ini!

Masih belum terlewat untuk berubah. Tiada salah cuba memperbaiki kelemahan diri kan?

2 thoughts on “Cabaran Membesarkan Anak-Anak Zaman Milenium”

  1. memang mencabar

    x akan sama seperti mak dulu2 mengajar anak2 ..

    rasanya kalau kata dulu kejam x koot

    kalau dibandingkan skrg bila x tegur lagi kejam .. x pasal2 anak2 menjadi liar dan berubah sikap .. seram sejuk ..

    marah x boleh , tegur ok .. kalau x tegur salah .. dah tegur dia lari ..

    memang cabaran yg sangat besar ..
    ieda recently posted..ROSSA DI KRITIK KERANA MASIH TIDAK BERTUDUNGMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge