Masih ingat pada Anas lagi?

Masih ingat dengan adik Anas kita? 3 bulan yang lepas, saya ada siarkan tentang adik Anas  disini.

Selepas 3 bulan semakin banyak yang berubah. Semakin….meruntun hati dan naluri saya sebagai seorang ibu. Apatah lagi ibunya yang menanggung.

Semua ini ketentuan Tuhan. Doktor hanya mampu memberi kata-kata kejam dan menyakitkan sebab itu tugas mereka. Saya faham, doktor tidak boleh memberi kata-kata yang menggembirakan bimbang berlaku sebaliknya. Tapi mereka bukan Tuhan. Berusaha dan terus berusaha agar Tuhan mendengar segala doa-doa kita.

Anas disahkan menghidap Leukimia beberapa tahun yang lepas. Dan selepas beberapa tahun keluar masuk hospital HUKM, akhirnya tahun lepas dia boleh keluar dan bersekolah semula.

Tapi….kehendak Tuhan jugak, dia dimasukkan ke HUKM 3 bulan yang lepas kerana ada pembiakan kuman di dalam badannya. Dan Anas terpaksa dikimo semula. Sakitnya…nauzubillah….kita yang besar nipun rasa sakit apatah lagi anak kecil itu.

Tapi Anas anak yang tabah. Anas kuat semangat. Walaupun keadaan masih kurang stabil.

972144_10201284602907058_2133303392_n

Keadaan Anas baru-baru ini….semua kehendak Anas ditunaikan keluarganya…

Saya memang sangat-sangat penyedih. Semasa menulis entri ini juga bergenang air mata saya. Jika saya ceritakan kisah Anas pada orang lain, ornag lain turut perasan betapa sedihnya saya.

Masih ramai yang menyayanginya. Marilah kita doakan sama-sama agar Anas sembuh semula seperti sediakala. Aunty Alin doakan supaya Anas dapat bergembira bersama kawan-kawan semula. Amin.

13 thoughts on “Masih ingat pada Anas lagi?”

  1. memang betul tu kak..kalau part macam ni memang menyentuh hati..tambahan mereka yang bergelar ibu..ayah mcm saya ni, memang sensitif selalu dah..hehehe..Semoga adik anas tabah dan lekas sembuh..aminnn
    Hafizul recently posted..Masalah Blog BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge