Jom Buat Baju Raya Sendiri!

Zaman sekarang ni semua mahal-mahal belaka. Harus poket tebal baru boleh beli semuanya.

Teringat zaman kecik-kecik dulu. Setiap kali bukak sekolah dan nak raya mesti mak bawak kami ke Globe Silk Store. Memang shopping mall tulah yang paling popular zaman dulu. Mak bawak kami naik bas mini untuk beli kain cotton.

Mak jahit sendiri baju raya kami tapi baju kurung jelah yang mak reti jahit. Kalau nak fesyen-fesyen tunggu abah bagi duit lebih barulah merasa sorang sepasang baju yang rambu ramba skit 🙂

Memang kemahiran itu diturunkan kepada kami 3 beradik. Saya pernah juga mengikuti kursus jahitan di MARA suatu ketika dahulu. Memang yuran agak mahal. Tapi kalau tak berapa nak minat dan lebih-lebih lagi kekangan waktu lagilah terkubur kemahiran tu.

Tapi saya tengok, ramai kaum Hawa sekarang berlumba-lumba untuk mencuba buat sendiri. Lepas baju anak-anak jadilahkan. Jika dibandingkan kos tempah mestilah kadang-kadang lebih mahal dari kos kain itu sendiri.

Ada yang mintak ilmu dari saya. Maaf ye, saya bukanlah seorang cikgu yang bagus.

Kenapa buang duit dan masa dengan menghadiri kelas jahitan yang kosnya memang mahal tapi masih tidak berjaya menghasilkan sepasang baju pun?

Google sana sini tapi hampa?

Dengan panduan mudah ini, korang boleh realisasikan impian korang nak buat baju kurung raya sendiri. Ianya sangat MUDAH, CEPAT dan PRAKTIKAL jika anda cekal dan sabar.

Daripada membuang duit dan tenaga, lebih baik dapatkan panduan ini yang tidak sampai pun RM100.

Saya pasti ramai yang teruja nak buat baju raya sendiri kan? Jom dapatkan Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional DISINI!

Panduan Jahit Baju Kurung Tradisional lengkap dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan.

Mana tau selepas ini boleh dijadikan pendapatan sampingan korang plak 🙂

Saya jarang berbaju kurung ke pejabat sebab susah nak langkah laju-laju...Rindu plak dengan dornag ni..
Saya jarang berbaju kurung ke pejabat sebab susah nak langkah laju-laju…Rindu plak dengan dorang ni..

 

8 thoughts on “Jom Buat Baju Raya Sendiri!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge