Anak Bapak

Siapa sini anak bapak? Sila angkat tangan!!(*_*)

Selalunya jika lelaki yang manja-manja gitew mesti dikaitkan dengan anak Mak. Tapi kalau perempuan plak mesti anak bapak. Kenapa?

Kerana dah memang tu bapak dorang..mestilah anak bapak kan…wakakakaka..

Anak bapak ni ialah anak perempuan yang tersangatlah manja dengan bapak dorang. Termasuklah saya. Saya memang anak bapak. Sebab kalau nak mintak apa-apa mesti refer kat abah dulu. Kalau mintak kat mak seharusnyalah kena dengar ceramah dulu kemudian kena refer sanalah sinilah…baru dapat…

Kalau terus direct kat abah mesti abah luluskan tanpa banyak pertanyaan. Mak tu tak bagi sebab takut duit abah a.k.a suami habis…hehehehehehehe…

Dan sekarang, anak saya Balqis pulak yang memang anak Babah dia. Apa-apa hal semua mintak kat Babah. Tau-tau dah ada jek depan mata. Bila tanya siapa bagi duit? Babah.

Saya jugak macam mak, suka tanya itu tanya ini dulu sebelum luluskan sebarang permintaan. Bukan apa, saja nak tengok relevan ke tidak permintaan dia. Tau-tau jelah budak-budak zaman sekarang. Tau senang jek….

Selalunya orang lelaki ni malas cerita banyak. Dah anak yang mintak, apa salahnya. Kata suami, masa zaman dia kecik-kecik..susah nak dapat apa yang dia mintak. Dia tak nak anak dia rasa apa yang dia rasa. Relevankah?

Fatin Farhana Balqis Bt Rashidan
Fatin Farhana Balqis Bt Rashidan

p/s : Selamat hari jadi buat bos saya. Jap gi nak buat suprise untuk dia….hehehehehe..dah 4 tahun keje ngan dia baru kali ni buat suprise….

16 thoughts on “Anak Bapak”

  1. SA adalah anak abah…hehehhe..dari dulu nak apa jer sure dapat..sampai la skrg jatuh ke anak dara SA, Dah tukar kepada cucu atuk..apa dia nak semua dapat…sabar jer la…mama terus jelez…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge