Lunch @ Quality Hotel

Selamat Hari Jadi buat bos saya, Encik Bakar. Pejam celik dah 4 tahun saya bekerja bawah dia. Alhamdulillah. Dari mula-mula takut2 lama2 jadi ok. Dalam masa 4 tahun tu jugak, sekalipun saya tidak pernah buat suprise atau bagi hadiah kat dia. Kejamkan saya sebagai PA dia? Saya ni jenis brutal. Main redah jek…janji dia ok dan tak banyak komplen.

Pertama kali jugak bergambar berdua bersama bos ๐Ÿ™‚

Jadi, kali ini saya dah pakat dengan team department saya untuk buat suprise buat bos. Dan bos no, 2 pun bagi greenlight. Kami pakat pi lunch di Quality Hotel. Belakang ofis saya jek.

Gabungan anak-anak Babah:)

Kali ni ramai sikit yang join. Gabungan dari 3 department. Ada kerjasama di antara kami. Rezeki. Sama-sama dikongsikan.

Gabungan department lain plak

Set untuk lunch cuma RM48.70 satu kepala termasuk tax di Quality Hotel. Memang kami rasa berpuas hati dari Menara Kuala Lumpurย tempohari. Ada ketam, sotong, udang dan banyak lagi pilihan hati.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti dirancang walaupun bos saya macam takde perasaan tapi saya tahu dalam hati mesti dia terharu giler….hahahahaha…

Doa saya buat bos, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu serta jangan lupa bagi bonus berbulan-bulan untuk tahun depan. Ngeee…..

22 thoughts on “Lunch @ Quality Hotel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge