Kau Pergi Jua…Annas Aiman Hakimi

Salam Jumaat.

Penghulu bagi segala hari. Berkatnya begitu banyak.

Jam 9.14 pagi tadi saya memohon doa dari kalian untuk ADIK ANAS kita tapi jam 9.20 pagi sebentar tadi saya menerima berita menyayat hati dari adik tengah saya. Annas telah pulang ke rahmahtullah. Allah pinjam Anas bersama keluarganya cuma 11 tahun sahaja.

Sejak diberitahu lewat malam tadi, tidur saya tidak lena. Gelisah mengenangkan nasib Anas. Mengapalah anak sekecil itu menerima dugaan yang begitu hebat. Tapi itu semua telah ditentukan Allah. Setelah sekian lama bertarung nyawa, akhirnya kau pergi jua.

Begitu hebat dugaan buat Kak Alin, ibu Anas. Semasa Anas masih dalam kandungan 7 bulan, ayahnya pergi buat selamanya tanpa sempat melihat Anas. Kini, Anas pula. Bagaimana agaknya perasaan kak Alin sebagai isteri dan ibu ketika itu?

Saya masih di pejabat menyelesaikan apa yang tidak selesai sementara menanti pulangnya jenazahnya ke kampung halaman keluarganya, Ijok. Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga roh Anas dicucuri rahmat. Al-Fathihah.

20 thoughts on “Kau Pergi Jua…Annas Aiman Hakimi”

  1. al-fatiha..
    sedihnya.. x dpt bygkn perasaan ibunya..
    tp percayalah.. aturan ni adalah y terbaik.. allah swt lbh mgetahui…
    berundung ibu& arwah anas krn mpunyai kupu2 syurga y menunggunya disana kelak..
    smoga ibunya tabah…
    anas sakit apa ye kak?
    lyafrina recently posted..Colgate Optic WhiteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge