Selamat Bertunang Syazmil & Iza

Alhamdulillah..berbulan-bulan menanti akhirnya selesai juga majlis pertunangan sepupu saya bersama pasangannya Iza di Johor Bahru, minggu lepas.

Keluarga belah mak saya memang agak besar. Kalau ada kenduri kendara memang kami suka sebab dapat berkumpul beramai-ramai dan meriah. Lagi kami suka kalau sepupu-sepupu lelaki kami dapat jodoh orang orang jauh-jauh. Boleh jenjalan sekali.

Kali ni bila dapat orang Johor, kami dah planning awal-awal supaya lancar semuanya.

Seawal jam 7.30 pagi kami bertolak secara berkonvoi. Lebih kurang jam 2.00 petang kami sampai di Bandar Sri Alam.

Syazmil Adira, sepupu saya. Tuan badan sila duduk jauh-jauh dulu ek 🙂
Sementara nanti menanti...possing dulu dengan lovely cousin, Ita
Sementara nanti menanti…possing dulu dengan lovely cousin, Ita
Tuan badan punya cinta hati.
wakil rombongan berbalas pantun
para sepupu sepapat
Selamat menerima menantu Moksu 🙂

Bertemakan hijau, rombongan keluarga saya je dah 9 kereta dari Sungai Buloh. Hantaran 7 berbalas 9. Ikatan selama setahun (jika ada duit boleh cepat).

Selesai makan dan possing-possing, kami terus pecut ke hotel. Tak sabar nak terjun kolam.

p/s : kepada sepupu sepapat dan anak-anak buah den….sila cari orang jauh-jauh lagi tau. Kalau boleh cari orang Korea pun lagi hokey…hehehehehehe (*__*)

10 thoughts on “Selamat Bertunang Syazmil & Iza”

  1. wahh.. bersedara dengan org Johor.. memang best ada sedara jauh2.. boleh makan angin sekali. tak ke JPO ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge