Bermalam di Hotel Pariss

Kami sampai agak petang. Hotel ini amat strategik tempatnya. Ada Aeon Bukit Indah, Tesco dan bersebelahan dengan Giant cuma jauh sikit dari pusat bandar dan Danga Bay, lebih kurang 20 minit dari hotel ke Danga Bay.

Memang kecoh hotel tu bila kami sampai. Penuh ngan family kami jek.

Kami bermalam di Pariss Hotel. Hotel 3 bintang. Booking melalui Agoda.com yang memang mudah dan cepat.

pinjam gambar dari pakcik google
Hotel Paris di Johor Bahru
cukuplah buat kami 4 beranak…

Kami tempah bilik Superior King. 1 malam berharga RM136 termasuk breakfast untuk 2 orang. Muatlah kami 4 beranak. Memang cantik bilik dan selesa sangat.

Hotel Paris di Johor Bahru

Bilik air yang mantap. Ada hydryer lagik 🙂

Hotel Paris di Johor Bahru

Yang paling best ada wifi dalam setiap bilik. Tiada Astro tapi boleh tengok siaran dari Singapura.

Hotel Paris di Johor Bahru

Ada kolam. Buat kolam seperti anda yang punya ye sebab kawasan sangat terhad.Hotel Paris di Johor Bahru2 orang hero dah kesejukan.

Komen saya tentang Pariss Hotel :

  1. Tiada bell boy.
  2. Tiada peti ais tapi dalam bilik adik saya ada plak.
  3. Breakfast kira oklah sebab ala-ala Indian Cuisine gitew.
  4. Lampu terbakar kat pintu depan tapi kami malas nak komplen.
  5. Ada wifi dalam bilik 🙂
  6. Lokasi Restoran yang agak tidak strategik. Berdekatan dengan kolam. Wa hangin sebab anak wa tengah mandi2 datang orang hotel kata “Tolong jangan basahkan tempat duduk sebab ada function”. Wa jawab “Apsal lu orang letak awal-awal..lu orang kasi alihlah”. Terus mamat tu diam. Budak-budak tengah mandi, takkan nak sekat2..opkos air merecik-recik. Memang wa tak puas hati.
  7. Kalau lapar atau boring boleh jalan ke Tesco, Giant dan Aeon yang jauh sikitlah.
  8. Tempat parking untuk customer sangat terhad.
  9. Hotel agak jauh dari pusat bandar, Danga Bay.
  10. Yang lain okaykan aje…..

PARISS HOTEL 38 JALAN BESTARI 7/2 TAMAN NUSA BESTARI 81300 SKUDAI JOHOR, MALAYSIA

16 thoughts on “Bermalam di Hotel Pariss”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge