Majlis Perpisahan

Salam Jumaat.

Maaf jika soalan demi soalan dari semalam tiada jawapan dari saya. Maaf, semalam saya agak emo walaupun saya terpaksa berpura-pura gembira.

Berita yang saya terima Isnin lalu memang menyentap hati saya. Terguris. Sedih. Kecewa. Saya rasa saya diantara orang yang terakhir mengetahuinya walaupun saya setiausahanya.

Saya tahu mengapa saya di antara yang terakhir yang mengetahui. Sebabnya mungkin tidak mahu saya susah hati berbulan-bulan. Mungkin tidak mahu saya terlalu sedih. Saya dah masak dengan perangainya.

Memang betul tindakannya itu. Jika dia bagitau saya beberapa bulan yang lepas, mungkin saya hilang kenyakinan. Mungkin saya akan sedih sepanjang masa seperti mana yang saya rasa seminggu ini.

Saya tahu, suatu ketika dahulu dia memang bos yang agak tegas dan serius. Semua orang takut nak bekerja dibawahnya sebab dia suka panggil orang. Walaupun ada telefon dia tetap keluar dari bilik dan panggil kami. Bila dia keluar bilik jek…semua nerves. Nama sapalah yang akan naik ni…hehehehehe…

Dan saya pernah menangis kerananya. Tetapi semakin hari semakin baik cara bekerja dibawahnya. Dia tidaklah segarang yang semua orang sangka. Bekerja dengannya memang mudah dan senang. Kalau marahpun tidak lama. Seingat saya, selepas saya menangis suatu ketika dahulu…dia tidak pernah marah saya lagi 🙂 Kalau saya silappun, dia cuma mengomel sikit jek. Sebab dia takut saya nangis lagi. Ngeee…

Bukan senang nak jaga orang yang senang dijaga ni 🙂 Pagi-pagi kemas-kemas skit meja. Buat milo kosong. Senang kan? Mesti rindu nanti…

IMG_2494

IMG_2609

IMG_2587

IMG_2592

bekas anak didik
bekas anak didik
huhuhu..kenangan terakhir bersama CMLT Dept :(
huhuhu..kenangan terakhir bersama CMLT Dept :(
kena paksa amik gambar berdua ngan boss :( kenangan terakhir
kena paksa amik gambar berdua ngan boss 🙁 kenangan terakhir

Majlis Perpisahan diadakan di Hotel Quality Kuala Lumpur.

Siapa kata saya tidak sedih. Tipulah….Tapi pesan dia, jangan sedih-sedih. Tapi sewaktu saya menulis entri ini memang saya menangis.

Paling sweets sekali, bila dia mention nama saya, Marlini semalam. Syahdunya ketika itu. Ingat tidak dihargai…huhuhuhuhu….

Nak cover dengan staff lain, saya katalah saya ngantok sebab malam tadi saya tidur lambat.

Rindu? Mestilah rindu. Selepas ini bos saya di sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Kena panggil Yang Arif Tuan Abu Bakar. Semakin jauh jarak dengan kami. Tak boleh jumpa sembarangan.

Jutaan terima kasih pada Encik Bakar sebab pernah belikan saya laptop. Sangat terharu walaupun tak sempat guna laptop dah dihilangkan oleh budak IT. huhuhuhuhu…

Terima kasih tidak terhingga sebab sudi taja kami melancong.

Terima kasih sebab sudi bagi bonus 🙂

Terima kasih atas segalanya.

14 thoughts on “Majlis Perpisahan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge