Doa Melawat Orang Sakit

Susah Senang Sihat Sakit. Itu semua qadar dan qada’ Allah. Siapalah kita untuk menentangnya.

Pagi tadi saya dan sepupu, Ita menziarah abang angkat saya di bahagian ICU Hospital Sungai Buloh. Memang terkejut bila lihat keadaannya di facebook adiknya. Saya ingatkan kemalangan. Rupanya tidak.

Ya! Allah…selain wad biasa dan wad CCU (Jantung), saya belum pernah masuk bahagian wad ICU. Melangkah masuk sahaja, sudah kedengaran bunyi-bunyi mesin. Kelihatan wayar sana-sini di badan kebanyakan pesakit disitu. Dalam hati saya begitu insaf kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik.

image

Inilah abang angkat saya, Abang Din a.k.a JJ Tarantula.Telah terjalin semenjak dari saya form 1 lagi.  Masa tu dia form 5. 21 tahun lamanya dan  kami masih ingat mengingati.

image

Ditemani sepupu saya, Ita yang juga mengenali adik-adik Abang Din serta keluarganya.

image

Mungkin terkejut dengan kehadiran kami berdua. Semasa saya dapat tahu, keadaannya agak kritikal dimana tangannya terpaksa dibedah kerana membengkak agak teruk dan dia menghidapi kencing manis. Alhamdulillah, dia semakin stabil.

Saya akan mendoakan agar Abang Din akan segera pulih. Abang Din kena tabah. Dia nasihatkan saya dan Ita supaya jaga kesihatan. Jangan makan manis-manis nanti kencing manis.

Doa ketika menziarahi orang sakit

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.


Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.”At-Tarmizi & Abu Daud.

6 thoughts on “Doa Melawat Orang Sakit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge