Ikan Bakar Stulang Laut Johor Bahru

Hidup perlu diteruskan. Masih lagi dalam kesedihan tapi Tuhan dah tentukan ketetapan buat hambanya. Redha.

Okay. Saya sambung cerita saya di Johor Bahru.

Program Jalan-Jalan Cari Makan kami singgah ke Stulang Laut. Jika kali pertama kami ke Johor Bahru, kami pernah cuba makan ikan bakar di Danga Bay, kali ini kami nak cuba plak Ikan Bakar di Restoran Sayam.Lokasi Ikan Bakar di Restoran Sayam, berdekatan dengan The Zone, kawasan bebas cukai. Kedainya dicelah-celah pangsapuri. Berdekatan juga dengan laut. Abah kata tulah Pantai Lido. Betul ke?

Ikan Bakar Stulang Laut
Family Makngah
Ikan Bakar Stulang Laut
Family Moksu & Cik Nah
Ikan Bakar Stulang Laut
Family Cik Ton &Cik Pah
Ikan Bakar Stulang Laut
Family saya 🙂

Ramaikan keluarga Ibrahim? Itu sebahagian je yang memang sporting morting. Kalau semua turun tak muat satu kedai.

Kami mula order apa yang patut. Kat Restoran Sayam terkenal dengan ikan bakar. Tapi tiba-tiba saya rasa seoalah-olah berada di Kelantan pulak. Rupa-rupanya orang Kelantan yang meniaga disitu. Ngeee…

udang goreng mentega
udang goreng mentega

Siakap Tiga Rasa

Tak sempat nak ambil gambar makanan yang lain. Semua dah kelaparan. 🙂

Benarlah apa yang orang Johor sendiri katakan…ikan bakar JB memang kurang enak. Bukan yang asli barangkali. Apa pun kami enjoy!!!

Lepas makan ikan bakar, aktiviti kami bebas. Kami tidak singgah di Danga Bay sebab dah agak lewat malam. Kami ke Pasar Karat JB!

6 thoughts on “Ikan Bakar Stulang Laut Johor Bahru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge