Membeli belah di JPO

Akhir cerita tentang JB. Tempat paling lama bertapa, Johor Premium Outlet. Rombongan Mak Limah membeli belah.

Saya tak paham mengapa lokasi JPO ini agak terpencil dan jauh dari pusat bandar. Jika tidak biasa dengan jalan di JB memang payah skit kot. Dikelilingi hutan pokok sepanjang jalan. Tapi yang pasti lepas masuk JPO terus hilang boring 🙂

Makcik tudung pink dah 2 kali ke JPO tupun tak serik-serik sampai beli beg kat Charles & Keith…beg kaler peach tali kaler hijau…wakakakakaka…nak tukar punyalah jauh….

Moral of the story, check dulu sebelum bayar.

Johor Premium Outlet

Macam biasa abadikan kenangan terlebih dahulu.

 Yey…happy shopping….

Kami berpecah bila masuk ke JPO. Isi perut terlebih dahulu supaya senang nak shopping nanti.

Terdapat food court di JPO. Ada bermacam-macam makanan. Pilih sahaja mengikut tekak anda. Harga jugak tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Sedang-sedang sahaja.

Kakak girl yang terpaksa redha sebab takde yang berkenan disini. Nak yang mahal mintak maap, mak ko memang kedekut.

Lagipun korang kena pandai tengok harga. Kadang-kadang ada yang lebih mahal dari KL lebih baik beli kat KL dah tentu2 yang keluaran terkini.

Ada macam outlets JPO. Ada Padini, Victoria Secrets, Lasenza, Burberry, Guess, Carlo Rino, Perdo, Vincci, Coach, AX, Guess, Cotton On, Gap, Bonia, Charles & Keith, Puma, Levis, Clarks, DKNY, Espirit dan banyak lagilah…..

Kebetulan banyak pulak sales masa tu. berpinau-pinau biji mata memilih. Tapi kebanyakan barangan disini yang off season tapi bolehlah jika nak merasa beli yg branded.

Saya suka cari yang branded tapi harga murah giler..hehehehe… Biar murah asal cantik. Saya memang sayang duit. Susah nak cari senang nak habiskan. Membeli biar ukur badan sendiri. Tu pasal Coach ada sales sampai 60% saya tekad takmau masuk butik Coach sebab saya juga mudah terpedaya. Muahahahahaha…

Jika ditanya mahu ke JPO lagi tak? boleh je tapi tolonglah buat hotel sebab agak jauh dari pusat bandar JB.

12 thoughts on “Membeli belah di JPO”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge