Iftar di Restoran Q Thai Shah Alam

Minggu lepas kami sekeluarga iftar diluar. Inipun kebetulan sebab masing- masing malas nak masak. Ngee…

Kami tak booking kat mana- mana pun…main terjah jek. Kami mahu ke Shah Alam. Cari punya cari akhirnya kami ke sini. Jom….

image

Restoran Q Thai Shah Alamย terletak di Laman Seri Seksyen 13. Berdekatan dengan Kolej PTPL. Di belakang kedai steak. Rupa-rupanya Restoran Q Thai ini pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) TV3. Dan duta Restoran Q Thai ini ialah Rashid Sidek. Kalau dah masuk tv mesti makanannya sedap kan? Jom kita terjah….

image

Saya jadi tertarik sebab semua menu terpampang di hadapan restoran ini. Senang nak kira bajet..hehehehe..Restoran Q Thai ini terkenal dengan steamboatnya. Korang boleh pilih samaada mahu berbuka puasa dengan hidangan buffet ataupun alacarte.

imageNampak? Punyalah besar signboard JJCM disitu.

imageAda macam-macam pilihan ala carte. Pilih mana nak jek…Kami decide makan ala carte jek sebabnya saya tak suka steambot ๐Ÿ™‚

imageNasi goreng pun banyak pilihan..

image

Bahagian buffet untuk steamboatimageSorang muka ceria…sorang lagi muka toye menanti azan berkumandang…

image

ย Tak ingat nasi goreng apa tapi harga RM8.90

image

Butter Prawn with Rice, RM9.90

imageBangkok Chicken with rice, RM8.90…memang terbaikk…sedap sangat…

1062683_414255632024214_1810044859_n

Air kelapak RM5.00992476_414255588690885_821062517_nDuta paling cilik…hehehehe

Overall, memang saya berpuas hati dengan Restoran Q Thai ni. Servis juga agak cepat. Walaupun fresh orange kami agak pahit dan dengan baik hati manager kat situ tukar yang baru.

Dan paling penting ada surau berdekatan. Lepas solat boleh sambung melantak…hehehehe…

Ini alamat Restoran Q Thai Shah Alam :

No. G46, Blok 6, Persiaran Sukan,

Laman Seri Business Park, Section 13, 40100 Shah Alam, Selangor

03 – 5524 4008/013 3459745

34 thoughts on “Iftar di Restoran Q Thai Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge