Biskut Tradisi vs Biskut Moden?

Puasa baru 9 hari dah kecoh pasal biskut raya…biasalah kaum Hawa. Banyak benda dorang nak fikirkan. Baju anak, langsir baru, sofa baru, baju laki, baju mak bapak, mentua, duit raya, kasut raya dan paling utama biskut raya lah! Orang lelaki tugasnya hulur duit jek 🙂

Tak seronok kalau Hari Raya tiada biskut Raya kan? Kalau tak cukup 10 balang biskut Raya mesti tak sah! 🙂

Selalunya biskut Raya korang order atau buat jek? Mesti ramai yang beli je kan. Mudah & Cepat. Tunjuk & Bayar.

Biskut Tradisi vs Biskut Moden? Mana satu korang suka?

Pada aku kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri. Biskut Tradisi ni orang-orang lama buat memang sodap. Biskut Moden plak orang-orang muda buat lagi sodappp….kekekekeke.

Terpulang pada selera masing-masing. Ada yang bila datang rumah aku tetiba tanya “Batang Buruk ada?” “Kuih Bangkit buat tak?” “Kau tak beli Biskut Dahlia ke?”

Aku percaya, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik yang manis belaka mesti tercari-cari resepi biskut raya kan?

Keunikan Biskut Raya Tradisi
Resepi Biskut Raya

Nah! ini masanya kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik yang manis dapatkan resepi biskut raya tradisi DISINI.

Resepi biskut raya tradisi nukilan Puan Joiriah Nordin. Pasti ngetop biskut raya korang nanti. Di sertakan resepi mudah diikuti , langkah demi langkah untuk membuat biskut serta sangat sesuai untuk adik-adik manis yang nak ambil hati bakal mak mentua. Konpem jadi menantu lepas raya nanti (*__*)

biskut Raya saya buat tahun lepas :)
biskut Raya saya buat tahun lepas :)

34 thoughts on “Biskut Tradisi vs Biskut Moden?”

  1. percaya x..every year.rumah SA xde kuih raya…kami jamu orang dengan masakan panas2, tiap kali diorang nak dtg terus goreng….beli karipap frozen, buat mee kari, mee sup, laksa penang or apa2 jer la….sebabnya kuih raya x laku tiap2 kali raya…if laku pun maruku or keropok ikan….

  2. Assalamualaikum bestnya kak alin pandai buat kuih raya. sheila tak reti, pandai beli je. batang buruk tu sedapnyaaa, wajib beli kerepek2. tapi tahun ni taktahulah sempat beli ke takk. busy nya sekarang ni 🙁
    *selamat berpuasa kak alin sekeluarga 🙂
    Sheila Salim recently posted..Honeymoon Trip to Krabi Part 8My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge