Persiapan Hari Raya

Sudah 20 hari kita berpuasa. Dalam masa 10 hari lagi kita nak meraikan hari kebesaran umat islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Hoyeyyyyyy…..nak rayaaaa!!!!!

Saya suka hari raya. Dari kecik sampai dah jadi mak budak saya still suka suasana hari raya. Saya tak berapa faham dengan segelintir insan yang hari rayanya biasa jek. Maksud saya bukanlah dengan bermewah-mewah. Bila hari raya, pakai t’shirt atau kain batik/pelekat. Tiada suasana hari raya. Saya tidak suka begitu. Hari raya adalah hari kemenangan. Tidak semestinya nak beli semua baru tapi kenalah ada suasana nak berhari raya. Baru best. baru tidak lapuk di zaman.

Itu pendapat saya. Lain orang lain pandangan.

Dah siap ke persiapan raya korang? Saya sudah bersedia dari awal tahun lagi. Beli sedikit demi sedikit taklah terasa sangat pengaliran wang. Cuma nak top up sedikit je lagi…

Saya lebih selesa membeli persiapan raya di shopping mall yang tidak sesak. Walaupun Sogo tersangatlah dekat dengan saya, saya malas nak ke sana. Setiap hari..setiap jam sentiasa penuh dengan banjiran manusia. Sangat kaya orang Malaysia ni kan?

Saya lebih selesa ke One Utama dan The Curve. Lebih selesa dan tidak berapa sesak.

perkara pertama kena buat ialah pujuk hero ni dulu. kalau tak pujuk nanti susah nak pilih baju ke seluar. pehtu sibuk cakap letihlah..penatlah..dapat hotwheel kesukaan dia terus senyap dan senyum jek.

Dua orang ipar duai tengah membelek songket termahal. Sila percaya harga songket termahal sehingga mencecah RM10 ribu.

Songket termahalMasih tidak puas hati. Kenapa harga songket mahal sangat? Mahal kerana kualiti tenunan yang agak susah proses menenunnya. Selain itu benangnya jugak dari benang sutera, emas & perak. Ingat senang ke nak tenun songket ni. Kalau tak percaya, silalah pergi ke tempat songket termahal di proseskan. Mesti nangis (^__^)

Saya tidak pernah pun beli songket yang mahal harganya. Tiada keperluan kot. Cuma beli di Jalan TAR 2 tahun lepas. Pakaipun bila hari raya sahaja.

Kami nampak Farid Kamil tapi kebetulan dah ada Eira Syazira yang tengah hot drama Ramadhan Yang Hilang (TV3), sambar mana yang ada jelah. Baik orangnya. Sopan dan tidak sombong.

Alhamdulillah. Selesai misi persiapan hari raya keluarga saya. Sebenarnya ada yang masih belum lengkap tapi janji untuk anak-anak dah settle. Ada rezeki lebih bolehlah sambung shopping lagi 🙂

17 thoughts on “Persiapan Hari Raya”

  1. alin…persiapan raya akak dh hampir lengkap… anak2 semua siap… hubby tggu nk beli baju tshirt berkolar dan seluar jer… akak pulak tgh servey cari baju readymade punya…belom jumpa…huhuuu

  2. Lin,hehehehe….

    Betul pendapat Lin, shopping sket2 lama2 jadi bukit.Utk tidak terasa pengaliran duit secara air terjun.

    Anyway,selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Lembaran dari kami yang jauh di Tehran,Iran.
    ctnahda recently posted..Pentingnya berkemahiran…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge