Langsir Pelengkap Rumah

Cerita tentang persiapan raya lagi ye. Biasalah pompuan kan….

Tidak lengkap rasanya rumah tanpa langsir. Langsir bukan hanya berguna untuk menghalang cahaya masuk ke dalam rumah tetapi berperanan mencantikkan rumah, membahagikan ruang untuk tampak lebih cantik dan berseri.

Sudah 2 tahun langsir dirumah tidak diganti. Sebenarnya langsir 2 tahun lepas masih cantik dan elok.

Bila sudah 2 tahun, saya jadi jemu. Dan persediaan langsir yang baru ini saya telah buat seawal tahun lagi. Nasib baik rumah saya ada 2 tingkap jek. Kalau rumah saya banyak tingkap macam rumah mak saya, pengsan nak beli sekayu kain langsir.

Langsir Raya 2013

  Langsir 2 tahun lepas berwarna purple. Belum pernah bukak dan belum pernah basuh 🙂

Langsir Raya 2013

Cari, beli dan jahit langsir segera di Nilai. Sangat berpuas hati dengan kedai langsir ni (nama lupa dah). Kali ni saya pilih warna kelabu/silver. Asalnya nak warna hijau tapi cari punya cari takde yang berkenan. Lagipun kelabu/silver sangat matching dengan apa-apa warna.

Dekorasi hari rayaJeng..jeng…carpet pun baru jugak (^__^)

Saya suka yang simple jek. Tak suka yang kerawang-kerawang…belum masanya lagi kot.

Bila dah pasang langsir, baru ada feeling nak raya. Siapkan awal-awal senang nak balik kampung…hehehehehehe…

19 thoughts on “Langsir Pelengkap Rumah”

  1. SA tahun ni kaler pepel…memang beli kat nilai puas hati..siap pun cepat…itupun utk design yang simple2..if yang sarat2 tu amik masa 3 hari baru siap…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge