Domain Dan Hosting NetKL Terbaik!

9.8.2013 ni genap setahun saya menggunakan hosting dan domain dar NetKL. Jika sebelum ini blog saya dikenali sebagai http://epilogsyurgacintaku.blogspot.com. Setelah bertukar domain dan hosting, saya memilih alinmarlini.com.

Domain dan Hosting NetKL

Apa itu Domain dan Hosting?

Domain itu adalah alamat untuk laman blog/web anda. Domain saya ialah alinmarlini.com. Anda boleh letak ikut citarasa sendiri tapi rata-rata yang mempunyai Domain sendiri lebih gemar menggunakan nama sendiri untuk blog mereka. Ia mudah dan senang untuk diingati. Korang just taip alinmarlini di Google dan akan keluar nama alinmarlini. Kalau korang letak nama sayurtogeh.com, beribu-ribu nama sayurtogeh akan keluar. Orang akan pening dan malas nak cari blog anda.

Hosting pula adalah untuk menyimpan segala data-data mengenai blog anda. Ianya menyimpan fail, teks, gambar dan segala isi kandungan mengenai blog anda. Dan anda tidak perlu risau tentang kehilangan data lagi.

Mengapa saya pilih Domain dan Hosting sendiri?

Pada yang benar-benar serius dalam dunia blog sangat di syorkan supaya mempunyai Domain dan Hosting sendiri. Pada blogger yang tidak serius masih digalakkan menggunakan blogspot percuma. Saya tidak mahu anda merasa rugi plak nanti. Sebenarnya saya tidaklah hebat sangat. Jauh sekali blogger popular. Cuma terpengaruh dengan beberapa sahabat blogger yang sudah mempunyai Domain dan Hosting sendiri. Dan pengalaman semua gambar saya hilang semasa menggunakan blogspot dulu. Terpengaruh dengan orang yang berpengaruh, akhirnya saya mempunyai Domain dan Hosting sendiri.

Korang taknak naikkan traffik ataupun SEO korang ke? Tanya diri diri sendiri kenapa korang ada blog selain kepuasan diri sendiri?

Pada blogger yang pentingkan keselamatan blog anda sangat digalakkan menggunakan Domain dan Hosting sendiri. Jika blog anda hilang? Baru nak menyesal? Masa tu tiada gunanya lagi.

Paling penting…blogger yang mahu membuat duit dengan blog memang digalakkan menggunakan Domain dan Hosting sendiri. Korang tukar dulu baru korang tahu.

Cheapest Domain in Malaysia

Berapa kos untuk Domain dan Hosting sendiri?

Sebenarnya ada bermacam-macam pakej yang disediakan NetKL.

Pakej mySilver yang bernilai RM60.00 setahun. Buat permulaan sangat sesuai pilih pakej mySilver ni.

Pakej Mysilver NetKL

Pakej myGold yang bernilai RM100.00. Saya guna pakej ini sebab lebih besar boleh isi datanya.

Pakej Mygold NetKL

Pakej myPlatinum yang bernilai RM200.00 setahun.

Pakej MyPlatinum NetKL

Pada saya, harga yang dikenakan NetKL memang berbaloi. Anda boleh survey dengan blogger popular di Malaysia…kebanyakkan mereka menggunakan Domain dan Hosting sendiri. Jadi, mahu bertukar atau tidak? Terpulang. Fikir masak-masak…tapi jangan lama-lama..

Susahkah nak urus Domain dan Hosting sendiri?

Memang pada awalnya, saya akui memang agak sukar dan kurang faham tentang sistem wordpress selfhosted. Saya hampir berputus asa. Berhari tidak update blog. Berhari makan hati. Godek sana, godek sini. Tanya sana, Tanya sini. Buat muka tak malu jek. Tapi hasil rujukan dari kawan-kawan yang dah pro, akhirnya sedikit demi sedikit saya semakin maju. Rupa-rupanya ianya lebih mudah dari blogspot. Cuma cari dan tambah plugin…dah siap! Yang penting, anda jangan malu untuk bertanya dengan pro. Dorang ni baik jek.

Bagaimana servis dari pihak NetKL?

Setakat ini memang saya rasa amat berpuas hati. Servis dorang memang tip top. Setiap kali saya ajukan pertanyaan melalui email, pasti jawapan yang diterima sangat cepat. Terima kasih pada Encik Hafizuddin yang selalu membalas email saya walaupun kadangkala asyik tanya benda yang sama jek 🙂

Bagaimana nak beli Domain dan Hosting sendiri?

NetKL jawapannya! Anda hanya perlu mendaftar dan ikut cara yang ditetapkan. Mudah dan senang. Dulu, saya mintak pertolongan dari Mummy Nemo. Dia yang berurusan dengan pihak NetKL bagi pihak saya. Kalau anda ada soalan atau pertanyaan, boleh emailkan ke sales@netkl.com.   

Free Domain Lifetime

Klik banner untuk daftar atau klik BELI DOMAIAN DAN HOSTING NETKL

hari ini jugak!

p/s : Fikir. Bertindak dengan segera sebelum terlambat. Sudah sampai masanya untuk anda brand kan blog anda sendiri.

13 thoughts on “Domain Dan Hosting NetKL Terbaik!”

  1. aah bagus guna domain sendiri nie ..

    akak guna data KL .. alhamdulillah ok sbb ramai juga yg berpuas hati dngan data KL nie .. 45.00 setahun .. ok lah 😉 akk pun minta pertolongan dari adik blogger utk tlg buatkan domain akak pertama kali .. insyaallah nanti reniew kena buat sendiri lah .. 😉
    ieda recently posted..UAI TEGUR CIKGU SHIDA !My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge