Iftar di Institusi Quran Kuala Lumpur

Setiap tahun, bos besar akan mengadakan majlis berbuka puasa di IQKL atau open house di rumah bos besar.

Semalam, kami telah dijemput oleh bos besar kami untuk majlis berbuka puasa di Institusi Quran Kuala Lumpur (IQKL) bersama-sama tahfiz, tahfizah dan anak-anak yatim.

IQKL merupakan sebuah sekolah tahfiz al Quran yang berteraskan dua aliran kurikulum iaitu hafazan 30 juz dan 15 juz al-Quran, dan akademik KBSM, IQKL menerima pelajar untuk tingkatan satu hingga tingkatan 5.

Pendidikan di IQKL berasaskan al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Dengan pendidikan yang berlandaskan iman ini, insyaAllah anak-anak dapat merasai kebesaran dan luasnya ilmu Allah. Mereka juga dapat membezakan antara yang benar dan yang batil dalam apa sahaja ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang dilalui. (Allah conscious).

Majlis Katam Quran

Majlis katam quran untuk para pekerja HSK. Saya tak sempat nak join sebab kesesakan jalan raya. Alhamdulillah berkat bertadarus bersama rakan sepejabat.

Chicken ChopHidangan utama selain hidangan Diraja dari Alya Jaya Catering.

imageBersama peguam peguam yang gojes 🙂

Iftar di IQKL

image

Iftar di IQKL

Alhamdulillah, dapat jugak duit raya untuk anak-anak saya. Ungu warnanya 🙂

p/s : malam ini berbuka diluar jugak. bos kecik yang taja. Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan (*__*)

11 thoughts on “Iftar di Institusi Quran Kuala Lumpur”

  1. **selamat hari raye buat alin sekeluarga…mohon ampun maaf zahir dan batin…moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia …..

    hati2 pulang ke kg yeak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge