Baraan Malam Raya 2013

Tradisi Baraan masih wujud di kampung saya, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh.  Baraan ialah tradisi kunjung mengunjung jiran tetangga dari satu rumah ke satu rumah ketika hari raya. Baraan biasanya dilakukan oleh orang lelaki sahaja. Orang perempuan stand by di rumah.

Di kampung saya, Baraan akan dilakukan pada malam raya. Saya masih ingat lagi ketika kecil, kami 3 beradik akan menunggu orang Baraan sehingga lewat pagi. Bayangkan ada berapa rumah kat kampung saya ni…kena tunggu turn barulah sampai giliran rumah kami. Tapi sekarang Baraan dibuat secara berkumpulan. Biasanya orang kampung akan dipecahkan ke 2 @ 3 kumpulan. Kaedah ini lebih cepat dan tidaklah kami bersengkang mata menunggu orang Baraan.

Baraan Malam Raya

Sementara tunggu orang baraan sampai kerumah…

image

Menu utama keluarga saya, lontong mesti ada 🙂

image

Dan buah angur mesti ada tiap2 tahun…

image

Orang Baraan 🙂

Saya amat berharap agar aktiviti Baraan ini akan terus diwarisi dan diamalkan sehingga bila-bila.

Akhir kata, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diri ini. Ampun dipinta sekiranya samada sedar dan tidak sekiranya ada salah silap kata atau tulisan saya yang menyakitkan hati anda.

8 thoughts on “Baraan Malam Raya 2013”

  1. ooo…gitu ker..baraan….ermm elok gak dipecah2kan kpd 2-3kump. kalau tak, naya gak nak tunggu tetamu dtg…besok pagi raya, owang gi solat raya, kita pulak terbongkang tdo keletihan…kihkihkihh
    selamat hari raya, 🙂
    rima recently posted..isi hati…?My Profile

  2. sonoknye baraan kan kak.. kat felda area tmpt sy pon masih amalkan lagi baraan nih.. semoga kita generasi baru ni dpt kekalkan jugak nanti 🙂

    slmt hari raya kak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge