Dugaan Ramadhan

Setiap insan ada dugaan dari Tuhan. Samada hari ini atau hari esok, samada cepat atau lambat kita tetap diduga. Siapalah kita insan yang hina ini untuk melawan takdir Tuhan.

Sebenarnya hati ini berbalam-balam untuk menulis entri ini. Tapi….selagi tidak diluah…selagi itulah hati saya tidak tenang.

Tinggal 2 hari kita akan menyambut hari kemenangan umat islam. Pasti tidak sabar menyambut lebaran Aidilfitri. Tapi ada juga yang sedang bersedih.

Ketika saya sedang bergembira mendapat duit raya dari majikan, ketika saya sedang begitu ghairah membeli keperluan hari raya, saya dikejutkan dengan berita duka.

Saya dikhabarkan anak sahabat baik saya merangkap bekas bos saya, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Saya mula gundah gulana. Sudahlah lahir Hayl saya tidak menjenguknya. Tiba-tiba Hayl disahkan sakit pulak. Anak sekecil yang tidak sampai 3 bulan sedang sakit, apalah sikecil itu tahu.

Petang semalam saya melawat Hayl di HKL. Ya! Allah…sayunya hati saya memandang seraut wajah montel itu. Maaf, saya memang seorang yang sensitif. Memandang wajah sahabat saya dan isterinya, Echah pun saya tidak sanggup. Saya cukup faham dengan perasaan Echah ketika ini. Ibu mana yang sanggup melihat kesakitan anaknya lebih-lebih lagi diusia yang masih bayi lagi.

Menurut sahabat saya, Echah juga seperti saya, cengeng. Memang benar. Saya masih ingat ketika menjaga Qayyum semasa kemalangan 3 tahun yang lepas. Setiap kali sahabat dan saudara mara datang melawat, setiap kali itulah saya akan menangis. Setiap kali ada orang telefon bertanyakan khabar, saya akan menangis lagi.

Dan….suamilah orang paling diperlukan waktu itu. Walaupun depan suami cuba berlagak tabah tapi sebenarnya tidak. Jika boleh ditadah air mata ketika itu, mahu berbaldi-baldi kot.

Jadi lelaki yang bergelar suami kena bersedia dengan segala kemungkinan. Ketika senang dan ketika susah, kena hadapi bersama-sama. Tipu jika saya katakan seorang suami tidak halus jiwanya. Pada yang sudah menghadapi situasi begini mereka akan tahu. Saya masih ingat kata-kata suami saya, jika dia tidak kuat…jika dia turut bersedih siapa yang akan jaga anak kami? Benar sekali, jika kami saling bersedih, sudah tentu anak kami lagi bersedih dan hilang kenyakinan untuk sembuh.

Saya tahu, kata- kata doktor memang menyakitkan jiwa raga sehingga bisa melemahkan semangat kita. Sehingga suatu masa, kita akan anggap doktor penipu. Dan saya masih ingat kata sabahat saya ni, doktor memang perlu berkata begitu. Itu memang tugas dia.

Buat sahabatku, Doktor bukan Tuhan. Aku paham sangat-sangat perasaan kau dan Echah. Aku tahu kesedihan ini memang akan melampui batasan. Siapa yang tidak sayangkan anak. Fikirkan yang baik-baik saja. Doakan setiap masa.

Hayl…aunty alin akan doakan Hayl akan sihat kembali. Hayl kena kuat untuk Abah dan Umi Hayl tau. Hayl comel dan montel sangat…tak puas aunty peluk-peluk Hayl. Buat sahabatku dan Echah, tabahkan hati dengan dugaan ini. Ada hikmahnya disebaliknya. Banyakkan doa. Insyaallah, Hayl akan sihat semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge