Suasana Hari Raya 2013

Sekejap je dah Syawal ke 8. Dan saya juga mula bekerja di Syawal ke 7. Perasaan? Mestilah malas, ngantuk dan mood beraya lagik. Tapi apakan daya..rezeki harus dicari (T__T)

Macamana suasana Hari Raya anda? Mesti meriah kan dah namanya raya. Pada yang berduka, semoga ada sinar kebahagiaan dikemudian hari kelak. Orang lain dah habis cerita pasal raya, kita baru nak citer. Saje je nak naikkan mood raya…hehehehe…

Suasana Hari Raya saya macam biasa. Seperti biasa, kami suami isteri tidak ada sistem giliran. Main redah jek. Sungai Buloh dan Seremban dokek jo….

Tahun ini tema baju Raya kami adalah Royal Blue & Pink (*__*)

Seperti biasa, habis sembahyang sunat Aidilfitri, kami akan bersalaman. Tahun ini cuma keluarga saya yang beraya bersama mak dan abah. Kedua-dua adik-adik saya beraya di kampung masing-masing. Memang saya rasa terkilan jugak…bayangkan jika saya balik bandor, tinggal mak ngan abah jek. Kesian kan?  Alhamdulillah saya mendapat seorang suami yang memahami. Yang tahu tanggungjawab saya sebagai anak sulong. Terima kasih awak 🙂

Kunjungan dari moksu saya
Kunjungan dari moksu saya
gambar famili yang tak berapa nak ado
gambar famili yang tak berapa nak ado

Seperti kebiasaan pagi raya pertama, kami akan menunggu sanak saudara berkunjung ke rumah kami. Dan bila petang nanti barulah kami pulang ke kampung mak saya. Nak tahu dimana kampung mak saya? Jauh tau….Nantikan saja entri saya tentang suasana raya sepanjang Syawal ini….hehehehehe…..

7 thoughts on “Suasana Hari Raya 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge