Selagi Hayat Dikandung Badan

Selagi hayat dikandung badan…semuanya akan kulakukan.

Menemani abah follow up check up jantung di PPUM adalah rutinku sebagai anak. Jika dibiarkan pergi berseorangan, alamat tak jumpa doktorlah abah aku tu. Biasalah orang tua..mana betah menunggu berjam-jam.

Disamping isteri yang sentiasa menemani walaupun selalu bising-bising suruh makan ubat..
Disamping isteri yang sentiasa menemani walaupun selalu bising-bising suruh makan ubat..

Penyakit jantung abah, tidaklah serius sangat. Cuma harus dipantau. Apa yang kami risaukan faktor usia dan otot abah yang lemah. Abah tak boleh lasak sangat tau….

Selalunya doktor bagi 7 jenis ubat tapi kali ini doktor bagi 4 jenis ubat je. Dan abah selalu perasan dia dah elok dan sihat. Mana tidaknya, jika dilihat dari penampilan abah, memang segak bergaya. Ubat harus ditelan seumur hidup. Takpelah bah…janji abah sihat dan gembira sudah memadai bagi kami.

Temujanji seterusnya May, 2014.

Jalani hidup sihat dengan kasut Brooks!

9 thoughts on “Selagi Hayat Dikandung Badan”

  1. sama je macam abah akak.. now dah 73.. segala penyakit ada. but dia mmgg consistent makan ubat. fit nak travel lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge