Selamat Menduduki UPSR

selamat menduduki UPSR

Debaran ibu lebih hebat dari debaran anak-anak yang akan menduduki UPSR hari ini. Biasalah naluri seorang ibu. Selalunya mak yang lebih….hehehehe…

Hari ini kakak Balqis akan menduduki peperiksaan UPSR. Mama doakan agar kakak diberi kesihatan yang baik, diberi ketenangan, dilapangkan dada dan fikiran dan semoga mendapat kelulusan cemerlang.

Maafkan Mama sebab tidak dapat cuti selama kakak exam. Tapi Mama akan terus berdoa agar kakak berjaya.

Saya ingin kongsikan amalan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ketika anak sedang menghadapi peperiksaan. Amalan ini memang dilakukan oleh ustaz yang memimpin kami ketika solat hajat Khamis lepas. Katanya, anaknya agar lemah dalam matapelajaran Matematik, alhamdulillah dengan amalan berikut..keputusan anaknya agak cemerlang.

Boleh dilakukan samada dirumah ataupun ditempat kerja. So, mintak ampun ye bos jika saya hilang dalam sejam dua 🙂

Boleh amalkan ketika anak anda sedang menghadapi peperiksaan. Contohnya esok kertas peperiksaan pertama ialah Bahasa Malaysia Pemahaman bermula dari 8.15-9.05 pagi. Niat dalam hati agar anak-anak kita lulus cemerlang. Ambil wuduk. Kemudian bacalah surah Yassin sepanjang anak kita menduduki kertas peperiksaan. InsyaAllah, mudah-mudahan doa seorang ibu termakbul.

Buat anak-anak yang lain, kakak aunty doakan agar kamu semua berjaya. Tidak semestinya tidak mendapat A anda tidak berjaya. Ini baru permulaan. Jadikan itu sebagai pengajaran untuk lebih berjaya kelak. Good Luck my darling 🙂

12 thoughts on “Selamat Menduduki UPSR”

  1. Gud luck baalwis..smoga dpt menjawap soalan dengan hati yg tenang,lapang dan diberi kemudahan.

    P/s: Mak dulu pun tak amek cuti..but nebesnya mengalahkan anak tu sendiri! Hiks..biasalah kan. Mak…:p
    Mak lagenda recently posted..ENTRY PERCUBAANMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge