CELCOM? DIGI? U MOBILE? ATAU SETIA DENGAN MAXIS

Saya adalah pelanggan MAXIS sejak saya pertama kali saya menggunakan telefon bimbit lebih kurang semenjak tahun 2001. Mmmmmm…sudah 13 tahun rupanya. Sehingga kini saya masih setia dengan MAXIS. Mungkin juga saya ni jenis orang yang tidak suka tukar-tukar nombor telefon.

Ada orang kata, kalau guna MAXIS…adalah pengikut setia Ananda Krishnan. Itulah kata-kata belakang buat pengguna MAXIS. Ramai yang suruh saya tukar kepada talian yang lain..Nanti dulu kot tapi kalau tolong sponsor okay gak…hehehehehe

Saya adalah pengguna Prepaid sahaja memandangkan saya tidak mampu untuk membayar bil yang akan cecah ratusan ringgit. Lagipun, saya jarang membuat panggilan ke sana sini. Setiap bulan cuma berbelanja RM30-RM50 sahaja. RM20.00 untuk BIS Blackberry dan selebihnya bolehlah buat sms dan panggilan.

BONUS? REBATE?

Jika rajin top up setiap bulan dapatlah POINT yang boleh ditukar samada SMS ataupun panggilan. Harap tu jelah…Jika nak harap dapat Iphone ke…Note 3 ke..ipad ke…tidaklah jawabnya…..walaupun korang pengguna setia berpuluh-puluh tahun..Kalau adapun kena masuk contest yang tentu-tentu takkan menang…huhuhuhuhu….

Cuma makin lama makin tidak seronok pulak dengan servis MAXIS ni. Jika pulang ke rumah saya di Saujana Utama, Sungai Buloh, servis akan berubah ke SOS, GPRS atau EDGE. Masa tu sapa telefon gua memang sakit hati sebab memang tak dapat.

Bukan takat dirumah sahaja, akhir-akhirnya di pejabat juga. Semakin menyakitkan hati.

Saya juga pernah menggunakan broadband MAXIS. Memang bayar setiap bulan, bagi sedekah jek kat MAXIS. Langsung takde line…nak bertenet berejam ngadap laptop. Habis kontrak terus saya tutup akaun. Buang duit gua je..huhhh…

Memang sedang berkira-kira mahu berubah ke talian yang lain tapi masih mencari-cari yang mana lebih baik sedangkan saya tahu semuanya ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Mungkin kali ini saya ingin cuba postpaid pulak…hehehehehe…

Adakah anda pengguna DIGI?CELCOM?U MOBILE? Jom kongsikan pendapat anda….

Dapatkan plan Internet semurah RM7 dan menangi hadiah menarik! 

4 thoughts on “CELCOM? DIGI? U MOBILE? ATAU SETIA DENGAN MAXIS”

  1. saya pengguna setia digi dari tahun 2004…tak pernah tukar no hp…sya ambik digi easy perpaid…free call n sms untuk 3 fnf….sebulan top up 30 jer..RM 18.00 untuk internet..dan RM12.00 untuk call out @ sms..tapi biasanya akan ada baki dalam 2.00 rngt lagi sebab skg dah ada whatapps & we chat

  2. untuk telepon saya guna maxis jugak..saya ni jarang call atau sms orang..kalau call atau sms tu untuk bagitau suami je balik kerja nanti beli itu ini..heheh..
    tapi kalau keluar jalan2 atau balik kampung saya topup la saya punya umobile tu kot2 nak beronline..kalau tak memang tak topup langsung..kat rumah nak online guna wifi je.

  3. Saya juiga pengguna Maxis semasa saya belajar di Universiti… Kemudian saya bertukar kepada prepaid DiGi pada tahun 2006 disebabkan saya posting ke Mukah, Sarawak… Semasa di Mukah Sarawak pada ketika itu line Maxis tiada, yang ada cuma line DiGi sahaja… Sehingga sekarang saya masih bersama DiGi dan telah pun bertukar kepada line dengan bayaran RM38 sahaja sebulan…. Setakat ini alhamdulillah, lebih selesa menggunakan line DiGi…
    Anuar recently posted..Harga minyak naik, Gaji RM6000 sukar nak Beli Rumah?? Sifu Rumah Lelong ada jawapannya…My Profile

  4. Saya pakai 2 line telefon. 1 maxis dan 1 lagi celcom. Bagi saya celcom banyak buat hal berbanding maxis. Lagi 1 customer service utk maxis lagi ok berbanding celcom. Walaubagaimanapun dua2 no sy aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge