Hotel Berhantu

Sebenarnya aku rasa, setiap hotel ada cerita tersendiri. Aku terpanggil untuk menulis tentang Hotel Berhantu selepas membaca entri Kak Yon a.k.a Kakak Bunga Ros 🙂

hotel berhantu
image : weheartit

Seumur hidup aku, belum pernahlah melihat makhluk-makhluk terkutuk itu. Mintak disimpangkanlah…huhuhuhuhu…

Cuma ingin berkongsi pengalaman dan saja bertukar-tukar cerita dengan korang sebab dah takde cerita…hehehehehehehe…

Mesti korang pernah mengalami peristiswa-peristiwa lagi seram dari kisah aku ni. Cuma kisah aku ni nak dikatakan seram tidaklah seram sangat. Seram-seram kuku jek (*__*)

Kisah ini berlaku lebih kurang 3 tahun yang lepas. Pengalaman semasa kami berkunjung ke Bandung. Kami tinggal di hotel TET (nama hotel terpaksa dirahsiakan..hehehehe). Hotel TET ni taklah tinggi sangat. Hotel TET ini berdekatan dengan jalan raya besar. Tidaklah agak pendalaman sangat. Masa mula-mula sampai tidaklah terfikir pasal hotel berhantu ni. Semua hotel di Bandung memang agak kelam je keadaannya lebih-lebih lagi kalau hotel yang murah ni. Jimat letrik kot.

Bilik aku dan adik-adik aku selang beberapa bilik je. Bilik aku terletak di hujung dan berdekatan laluan orang yang keluar masuk lif. Memanglah tentu-tentu akan dengar orang lalu lalang. Yang tu tidak merisaukan sangat sebab kami bukanlah setiap masa dalam bilik. Balik hotel untuk tidur je..tupun pukul 10 malam baru sampai hotel.

Apa yang menyeramkan hotel TET tu?

Bagi akulah…bilik mandi di hotel tu. Masa mula-mula masuk memang sangat tidak best. Ada feeling-feeling keseraman disitu. Memang bilik mandi siap ada bathtab tapi aku takde hati nak bergolek-golek dalam tu. Setiap kali nak mandi aku terasa ada orang sedang memerhati aku dari sudut hujung bilik mandi tu. Oleh itu aku takkan tutup pintu setiap kali berada dalam bilik mandi. Alasan dengan Encik Suami, pintu takleh lock. Lantaklah..kalau air melimpah-limpah sampai ke luar….pandai-pandailah dorang nak lap.

Namun, aku tak pulak bercerita dengan suami dan adik-adik aku. Aku buat dek jek. Bagi aku mungkin tu perasaan aku je kot. Sampai di Malaysia baru aku buka mulut. Rupa-rupanya Encik Suami juga berperasaan sama dengan aku. Dan dia taknak buka mulut dengan aku sebab risau aku takut ler tu…hehehehehe…Rupa-rupanya, ada kawan Encik Suami bagitau ada satu tingkat hotel tersebut tidak digunakan dan dibiarkan kosong sebab ada orang pernah bunuh diri. Waallahualam.

Dan setelah dibantu oleh Oppa Google, ada cerita lain jugak tentang hotel TET ini. Kereta yang diparkir di hadapan beralih ke parkir belakang hotel. Gimana tu dong…..

Oleh yang demikian, jika kita mahu berkunjung ke negeri atau negara lain, haruslah kita bekerjasama dengan Oppa Google terlebih dahulu. Dapatkan info-info berkenaan hotel-hotel tersebut. Jangan main terjah jek. Jangan suka booking last minit sebab ada potensi kita akan tinggal di bilik berhantu tu…hihihihihihihihihi……

  

5 thoughts on “Hotel Berhantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge