Kelam Kabut

Siang tadi aku mendapat panggilan dari guru kelas Qayyum. Hati aku jadi berdebar-debar.  Cikgu kelas Qayyum memberitahu..Qayyum muntah-muntah dan muka dah jadi pucat. Pada mulanya aku ingatkan dia jatuh ke? terkehel ke? sebab kalau bab kena mengena ngan kaki dia memang aku risau giler. Aku tak mahu peristiwa 3 tahun lepas berlaku lagi.

Lantas aku menyuruh adikku mengambil Qayyum di sekolahnya. Sementara itu aku pulang dengan tren komuter memandangkan suamiku tengah banyak kerja. Tak mengapalah…salah seorang perlu berkorban.

Sampai sahaja di klinik…lega perasaan aku bila melihatnya masih mampu tersenyum. Hati ibuku memang mudah terusik jika sesuatu berlaku pada anakku yang seorang ini sebab dia pernah mengalami kesakitan yang cukup menyakitkan suatu ketika dahulu…jadi bila dia sakit aku jadi takut.

Alhamdulillah. Doktor mengatakan keadaannya tidak membimbangkan. Mungkin berpunca dari air yang dibeli dari sekolah. Sudah berkali aku berpesan supaya jangan membeli air disekolah tapi budak-budak….air berwarnalah paling sedap. Memang Qayyum perutnya sensitif..tidak boleh sembarangan makan…mudah saja cirit birit ataupun muntah.

Setelah bagi ubat tahan muntah dan sakit perut…Qayyum lena bersama bantal busuknya. Doktor pesan lagi…jika muntahnya berlarutan haruslah rujuk ke hospital. Harap-harap cepat sembuh hendaknya.

2 jenis ubat yang memang sentiasa kena standby...
2 jenis ubat yang memang sentiasa kena standby…
terus lena lepas pekena ubat
terus lena lepas pekena ubat

Terima kasih kepada sahabat-sahabat kesayangan saya yang sering mendoakan Qayyum setiap kali dia berasa sakit. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

3 thoughts on “Kelam Kabut”

  1. akak pun klu bab anak2 sakit ke apa mesti jadi risau sgt… air mata lak mesti nak laju jer turun… huhuuu…. itulah hati seorang ibu klu anak2nya x sihat ke apa….

    moga Qayyum cepat sembuh yer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge