Saya Suka Pakai Baju Macam Remaja Supaya Nampak Lebih Remaja

Tajuk memang tak boleh blah! Kali pertama kot buat tajuk entri panjang lebar.

Aku selalu diajukan pertanyaan-pertanyaan luar biasa. Yang kadang-kadang aku sendiri tak terjawab.

Buat Cik-Cik Peguam merangkap bos kecik aku, untuk kelihatan muda remaja macam akakkkkkk…lets grooming together 🙂

Jika Che Ta pakai baju ketat sebab nak jaga badan. Memang aku tak nafikan ada betulnya cara Che Ta tu…cuma yang tidak betul bilamana usia makin meningkat, kita seharusnya pandai menyesuaikan badan dan pakaian. Tapi Che Ta kan artis…haruslah menjaga penampilan supaya nampak sempurna di kaca tv. Kalau Che Ta pakai baju ketat tapi nampak sparetyre..korang gak yang bising kan…hehehehehe…janji Che Ta bahagia…

Aku ada seorang kawan. Selepas melahirkan anak, dia akan pakai baju sebelum dia mengandong. Katanya supaya dia dapat bentuk badan dia semula. Bagus jugak kaedah itu tapi untuk mejayakannya memang perlu pengorbanan.

Cara aku pulak?

Tidak dinafikan aku jugak gemar menggayakan pakaian yang comel-comel dan up to date. Tidak terlalu over. Sesuai dengan aku. Sesuai dengan umur. Sesuai dengan status.

Rasanya aku perlu berpakaian ala-ala remaja supaya nampak lebih remaja walaupun dah kertu….wakakakakakakaka…

Bila aku menggayakan pakaian ala-ala remaja, mesti orang ingat aku adalah kakak kepada Balqis. Memang kembang sekembangnya aku.

tips nampak muda remaja

 Nampak remaja tak akak?????hehehehehehe…

Bila anak gadis makin membesar, semua barang boleh share. Makin membesar makin mencabar menjaganya. Menjaga anak perempuan ibarat menjaga sekandang lembu. Faham-faham jelah nak jaga lembu sekandang kan…..

Pendapat aku, tak payah terlalu over untuk berfesyen. Kena pandai mix & match. Ada masa kena pakai yang ranggi…ada masa kena ala-ala bervestyle. Janji sopan dan kemas. Aku suka melihat fashion muslimah Indonesia. Sangat sesuai dengan status muslimah. Mungkin muslimah di Malaysia harus belajar dari mereka. Ini pendapat akulah….

Pesan akak…

Pada anak-anak dara tu…masa nilah pun nak bergaya sakan. Esok bila dah kahwin..dah beranak pinak..dah susah nak melaram….

Elakkan pakai pakaian yang macam makcik-makcik. Elakkan pakai pakaian yang berwarna gelap seperti coklat gelap, biru gelap dan semua yang gelaplah sebab anda akan kelihatan lebih tue dari usia ande….hehehehehehe…Sila pakai pakaian yang ceria-ceria. Baru rasa muda remaja gitew…Selamat Berfesyen 🙂

p/s : untuk Cik-Cik Peguam akak yang comel….nanti akak tolong grooming you hokey……

Dapatkan tips untuk langsing DISINI!

Dapatkan fesyen baju terkini MANGO

5 thoughts on “Saya Suka Pakai Baju Macam Remaja Supaya Nampak Lebih Remaja”

  1. Assalamualaikum Lin,
    LOL…tergelak besar aku baca tip mengancam dr ko nie….ye betul,hati mestilah sentiasa muda baru kita terasa muda jelita walaupun ehem2 ……..aku setuju 300% pendapat ko yang kita mestilah bergaya sesuai dengan umur(statement ko xpayah terlalu over tu aku suka),sesuai dengan status dan yang paling penting selesa dengan penampilan diri sendiri.Tak perlu jadi org lain,tu yang penting.Iya dak?. Aku lak,kalo nak berfesyen kena ukur baju di badan sendiri….hahahaha….badan aku sekarang xsama mcm badan waktu zaman sekolah dulu-dulu.So,kalo nak berfesyen up to date..aku kena kuruskan badan aku dulu mcm zaman muda belia(45kg)…fuh…jenuh ko…
    Siti Nahda recently posted..Tugas-tugas Isteri DiplomatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge