Lontong buatan Pakcik Tusan

Lontong adalah makanan tradisi orang Jawa. Isinya adalah beras yang dibungkus dengan daun pisang dan kemudiannya direbus seperti merebus ketupat. Proses masak mengambil masa yang lama lebih kurang 6 jam.

Lontong kelihatan hijau diluarnya kerana dibungkus dengan daun pisang tapi isi di dalamnya berwarna putih.

Lontong juga ditemui pada musim perayaan seperti Aidilfitri di Malaysia dan di Indonesia. Sudah ramai yang makin melupakan lontong sebenarnya. Ada juga yang konpius. Ada yang kata ketupat dan kuah lodeh itu lontong. Bagi orang Jawa inilah lontong yang sebenar.

Masa kecik-kecik, kami adik beradik tak pandai gak makan lontong ni. Tapi abah selalu paksa makan….semua mengingatkan kami tentang makanan orang Jawa.

Lontong sungguh enak dimakan dengan kuah lodeh ataupun rendang. Memang terangkat!!!!

lontong

Lontong buatan tangan abah aku, Cik Tusan 🙂

Sedia untuk dijamukan buat para tetamu esok hari. Walaupun tak beraya saya di raya haji ni, tapi adik beradik aku mesti singgah beraya…

8 thoughts on “Lontong buatan Pakcik Tusan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge