Jam Terbaru dari Guess

Dulu….boleh dikatakan memang aku peminat tegar barangan GUESS. Tapi mampu beli satu jam dan 2 jenis handbag jek. Dah lama malas plak sebab aku bukannya reti jaga.

Dan satu-satunya jam GUESS yang aku beli tahun 2008 masih elok sehingga kini. Tulah jam yang aku belasah ke mana saja. Entri pasal jam boleh BACA SINI.

Kini GUESS tampil dengan rekaan jam terbaru yang lebih trending, muda dan seksi. Hidung aku dah kembang kucup tahan nafsu nafas. Walaweeiii…memang ada design yang aku terbekenan nih…

Design Terkini Jam Guess

Model terbaru jam GUESS. Awesome kan 🙂

Menampilkan 3 design terbaru : Vivacious, Rigor & Radiance.

Model terkini jam Guess

Radiance. Direka khas buat Kak Ton yang nak nampak lebih feminin. 5 warna yang boleh dipilih.

model terkini jam Guess

Rigor. Direka khas buat Kak Limah yang sporty. Juga terdapat 5 warna.

model tekini jam Guess

Vivacious. Direka khas buat Mak Jemah yang suka ‘bling-bling’ tapi sporty. Ada 5 warna yang berbeza.

Sila kumpul wang laju-laju untuk mendapatkan jam idaman anda. Menang membeli alah memakai…Selamat membeli 🙂

Untuk lebih menggembirakan hati, sila lawati website GUESS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge