Ajal

Mataku masih belum mengantuk. Banyak perkara terjadi hari ini..buat hati aku gundah gulana.

Seawal pagi aku dikejutkan dengan gambar dan video rakaman perompak yang membunuh pegawai bank. Memang sakit hati pabila aku menonton video itu. Betapa kejamnya perompak yang tiada perikemanusiaan itu. Dipahamkan perombak tersebut berasal dari kaum Pilak @ kaum Suluk. Sepupuku yang berada di Sabah memberitahu, orang-orang tempatan Sabah juga takutkan kaum Pilak @ Suluk ini kerana dikatakan mereka suka menggunakan kekerasan dan melakukan jenayah terlampau.

Kalau kau nak duit, kau ambil jelah duit tu…tak perlulah tembak bunuh. Kalau yang sorang kau boleh seret keluar kenapa perlu ko bunuh yang sorang lagi. Sakit hati aku tau. Kesian kat anak-anak dan keluarganya. Semoga kau dapat diberkas dan dibunuh jugak macamana kau bunuh wanita itu.

Sekali lagi berita kematian ku terima. Seorang sahabat yang pernah bekerja di pejabat aku.  Suami dan isteri sama-sama berkerja satu opis. Perkenalan bermula pun di opis aku. Petang tadi aku terima berita kematian Sya isteri kepada Anuar. Sebelum inipun memang aku mengikuti perkembangan kesihatannya. Dan aku mengetahui kesakitan yang ditanggung Sya pun dari facebook. Rupa-rupanya selepas melahirkan anak kedua, baru diketahui arwah Sya menghidapi barah payudara peringkat ketiga. Selepas payudaranya dibuang, keadaannya semakin teruk selepas raya puasa tempohari. Barahnya telah merebak ke hati dan ke tulang.

Baru pagi tadi aku bertanya pada anak buahnya tentang perkembangan kesihatan arwah. Dan jam 4 petang tadi, aku dikejutkan bahawa Sya telah tiada di usia 32 tahun. Inalillah.

Sudah 2 orang insan yang aku kenali menghidapi penyakit paling digeruni kaum wanita iaitu barah. Seorang telah dipanggil Illahi dan seorang lagi mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

Siapa yang tidak takut dengan penyakit nombor satu ditakuti itu kan? Aku juga. Sekarang ini tidak payah tua…bila- bila masa sahaja Tuhan akan menjemput kita. Seharusnya kita menjadikan ianya iktibar.

Semoga kita dilindungi dan dijauhi dari penyakit-penyakit merbahaya. InsyaAllah.

3 thoughts on “Ajal”

  1. As salam lin..akak pun takut amat..smlm pun org ngamuk kt lrt..ranfom tikam org..sesuatu harus dilakukan oleh org yg berkuasa..kita x de bodyguard. Cuma malaikat dan Allah yg esa jadi guard dan tmpt kita berserah..smlm bas skolah luqman kena langgar org tu kalut nk msk kerja..rasa nk pengsan akak..mujur x de apa apa..semoga Allah sentiasa pelihara kita dan org tersayang termasuk seluruh umat islam secara amnya dan bangsa lain secara khususnya..
    ziana recently posted..The Engagement DayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge