Tutorial Daftar 8Share

Assalamualaikum….Salam Maal Hijrah. Semoga Tahun Baru Islam ini lebih memberi makna buat kita semua. Semoga diberi keberkatan dari Allah buat kehidupan kita. Mahu berhijrah tak payah tunggu tahun baru…bila-bila masa sahaja boleh dilakukan.

Memang saya kurang update status peribadi di lama Facebook saya. Jika anda yang sentiasa mengikuti perkembangan saya (ada ke?) mesti naik bosan nak lihat wall Facebook saya kerana sentiasa penuh dengan iklan-iklan…dah macam facebook pengiklanan pulak ek. Saya lebih suka dan tenang bercerita tentang kehidupan saya di blog kesayangan saya ini Epilog Syurga Cinta Alin Marlini. Lebih sesuai kot….kehidupan yang bakal ada nohtahnya suatu masa nanti. Cuma masanya hanya Allah Yang Tahu. Dan saya mahu abadikan semua kenangan manis saya di blog ini supaya keturunan saya akan dapat mengetahui segala pahit manis kehidupan saya selama saya hidup.

Tapi ada juga yang suka bila saya mengiklankan iklan-iklan samada di Facebook saya ataupun di blog saya. Ada yang bertanya macamana nak dapat duit tambahan? Tak kena tipu ke?

Ya. Jawapannya bukan mudah nak jadi senang. Apa yang kita boleh buat adalah berusaha. Apa sahaja peluang yang ada kita rembat dan janji halal. Pada yang bertanya, terima kasih saya ucapkan. Selagi saya tahu saya akan cuba membantu.

Peluang untuk menambah duit poket ini sudah lama dan ada bermacam-macam jenis cabang. Jika anda seorang yang hari-hari menghadap lappy/ipad/smartphone/pc adalah orang yang sesuai untuk menjana pendapatan sampingan. Walaupun hanya bernilai 0.20 sen bagi setiap klik unik tapi jika ada ramai yang saling bantu membantu…tidak mustahil sehari anda bakal mendapat RM200. Jika ditanya pada saya, sudah tentu saya belum berjaya menghasilkan RM200 sehari kerana saya bukanlah orang yang setiap masa beronline. Saya wanita yang berkerjayalah sangat :). Jadi saya harus bijak membahagikan masa untuk semua itu.

Mari saya cerita tentang peluang pertama untuk anda. 8Share atau dahulunya dikenali sebagai Says.

Apa itu 8Share?

8Share adalah Private Rewards Club (Kelab Ganjaran Peribadi) untuk pengguna media sosial seperti koranglah. hari-hari online kan? Daripada takbuat apa lebih baik korang daftar di 8Share…dapat gak money pocket buat beli jajan. Jangan terkejut ada juga yang telah berjaya boleh beli laptop dengan duit hasil 8Share. Anda hanya perlu share kan link-link yang telah diberikan oleh pihak 8Share samada di Facebook, Twitter, +Google, Blog atau dimana media sosial yang sesuai. Setiap lawatan unik yang anda terima akan diberikan RM0.20. Anda juga akan mendapat ganjaran/mata apabila mengajak rakan-rakan anda  untuk menyertai 8Share. Rakan anda yang telah menyertai anda akan mendapat RM1.00 begitu jugak dengan anda. Mudah kan?

Berminat? Sila daftar 8Share di sekarang jugak!

Tutorial Daftar 8Share

Klik sini 8Share akan keluar seperti di atas. Kemudian anda klik kotak berwarna oren tersebut.

Tutorial Daftar 8ShareIsikan username yang anda suka dan bersesuaian. Masukkan email. Masukkan password dan confirmkan password sekali lagi. Kemudian tekan kotak kuning.

Tutorial Daftar 8Share

Isikan tempat kosong tersebut dan tekan kotak hijau.

Tutorial Daftar 8Share

Akan keluar seperti di atas. Ada 2 kotak dibahagian atas sebalah kanan. Dashboard dan Specials. Jika anda klik pada Specials, disitulah akan terpapar iklan-iklan yang anda akan kena share. Buat permulaan bagi anda yang baru daftar, mungkin iklan cuma ada 2-3 sahaja (saya tak ingat). Jika anda seorang yang aktif, 8Share akan kongsikan lebih banyak iklan untuk di kongsikan.

Tutorial Daftar 8Share

Kemudian anda boleh klik pada kotak iklan tersebut. Sebagai contoh, saya memilih untuk iklan Sunsilk. Klik pada gambar iklan Sunsilk tersebut. Anda ada 2 pilihan. Samada mahu menggunakan petikan iklan yang sedia ada atau menggunakan kreativiti anda sendiri.

Tutorial Daftar 8Share

Tulis petikan yang anda suka atau terus share link sahaja di Facebook.

Tutorial Daftar 8Share

Ada bermacam cara untuk share link anda. Facebook, Twitter, In, Google, email, blog dan lain-lain. Anda juga tekan share sahaja. Mudah tak?

Tutorial Daftar 8Share

Jika di Facebook, akan keluar begini. Anda perlu tahu teknik menarik perhatian para pembeli. Jika anda dapat banyak klik unik maka banyaklah pendapatan anda.

Tutorial Daftar 8Share

Jika ada ingin mengetahui jumlah matawang yang berjaya anda dapat, sila klik kotak Dashboard. Akan terpapar seperti gambar di atas. Ini adalah jumlah yang berjaya saya dapat kerana saya seorang yang kurang aktif. Jika jumlah telah mencapai RM50.00 anda sudah boleh cash out. Jika anda seorang yang sangat sabar, tunggulah sampai beratus atau beribu baru cash out 🙂

Tutorial Daftar 8Share

Untuk proses pembayaran, anda boleh isi butiran anda di bahagian Dashboard. Klik cash out. dan isi butiran anda di situ.

Harus diingatkan anda perlu jujur, telus dan ikhlas. Jika ada penyelewengan, maka fikirlah sendiri apa akan jadi dengan duit poket tambahan anda.

Sertai dan daftar 8Share hari ini juga!

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Code of Honour di SINI!

p/s : peluang tambah duit poket yang ke 2 akan menyusul selepas ini. Semoga tutorial ini dapat membantu anda. Jika ada sebarang kemusykilan boleh tanya saya (*__*)

Saksikan Gadis Berhijab dari Sunsilk Disini!

4 thoughts on “Tutorial Daftar 8Share”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge