Debaran Mama

Assalamualaikum. Selamat Hari Asyura.

Pagi ini keputusan peperiksaan UPSR akan dikeluarkan. Aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti hari ini memandangkan semasa hari peperiksaan September lepas aku tidak bercuti untuk meneman kakak Balqis.

Awal pagi lagi aku dah beri kata-kata semangat padanya. Walaupun tidak mendapat keputusan cemerlang, tidak semestinya tidak berjaya. Mama redha dan pasrah. Mama janji Mama takkan marah. Mama tahu kakak sudah berusaha bersungguh-sunguh.

Memang aku akui sedikit sebanyak agak tertekan. Masakan tidak….semuanya update dengan anak -anak yang mendapat keputusan cemerlang. Tapi itu semua qada’ dan qadar Allah…kita kena terima. Perjalanan hidupmu masih panjang.

Aku tahu, sebagai anak sulung semestinya Balqis tertekan. Takut mama akan jadi Hulk Hogan atau Gorilla. Memang aku bergantung harapan tinggi padanya. Aku yakin padanya cuma aku sedar kemampuan kakak Balqis setakat mana. Aku dulupun tidaklah sepandai mana. Jadi aku kena berserah.

Dan alhamdulillah…aku dikelilingi insan-insan yang sangat sporting dan awesome. Bukan insan yang suka menyibuk dan suka membandingkan anak-anak. Semalam, semasa pulang dari pejabat, sahabat-sahabatku telah memberi kata-kata semangat yang cukup menyenangkan hati aku.Ye. Mereka professional tapi sangat sporting.

Sekarang jam 7.08 pagi. Lagi 3 jam, aku akan ke sekolah Balqis. Memang aku akui aku yang lebih gemuruh dari kakak Balqis. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge