Ammar Dan Bidadari Syurga

Sebenarnya sudah lama ingin menulis kisah Ammar dan Bidadari Syurganya. Tulis kemudian padam. Tulis lagi kemudian pandang. Patutkah ku teruskan atau sekadar simpan dalam hati sendiri tanpa luahan.

Cuba untuk kumpul kekuatan meneruskan coretan ini. Simpan lagi. Nantilah. Tanya dulu waris empunya diri. Takut disalah tafsir pulak.

Alhamdulillah. Waris memberi kebenaran. Maka ku coretkan secebis Kisah Ammar dan Bidadari Syurganya. Dan ku tinggalkan seketika cerita kegembiraanku.

Ammar Dan Bidadari Syurga
credit gambar dari ibunda arwah Ammar…

Ahmad Ammar Ahmad Azam. Dilahirkan pada 15 Februari 1993. Berusia 20 tahun. Seorang yang bijak pandai. Anak tunggal lelaki dari 5 beradik. Penuh berkhemah. Penuh dedikasi. Penuh cita-cita besar.

Sedang menyambung pelajaran di Universiti Marmara, Turki dalam bidang jurusan sejarah Islam.

Pada mulanya aku yang tidak pernah belajar tinggi hingga ke universiti ini tercari-cari mengenai jurusan yang dipelajarinya.  Tidak terjangkau di fikiran aku…besar sungguh cita-cita anak muda ini. Di bumi asing pula tu…

Ajal tidak mengira tua atau muda. Yang sakit boleh sembuh. Yang sihat boleh mati.

Ya! Memang aku tidak mengenali siapa pemuda yang bernama Ahmad Ammar ini. Beberapa minggu yang lepas, aku terbaca kemaskini akaun mukabuku Muhamad Suhail yang pernah menjadi pelatih dalam kamar (chambee) dan seterusnya peguam seketika di firma tempat aku bekerja. Dengan dia juga aku mula mengenali dunia blog. Dengan dia juga aku merangkak belajar menjadi seorang blogger. Ucapan takziah darinya untuk adik iparnya yang telah meninggal dunia di bumi Turki akibat kemalangan jalanraya semasa menuju ke tempat untuk dia berbakti demi Islam. Dilanggar ambulans ketika sedang melintas. Ya! Allah….bagaimana perasaan ibu, bapa dan kaum keluarganya. Sudahlah jauh di bumi asing. Jika aku….mungkin aku tidak kuat.

Tapi kulihat kaum keluarganya terutama mak dan abah arwah Ammar begitu tabah. Dari Malaysia terbang ke Turki bukan untuk melihat segulung ijazah anaknya tapi melihat sekujur tubuh anaknya. Allahurabbi….betapa tabahnya ku melihat kedua-duanya. Aku yang saban hari selepas melihat berita itu, sibuk mencari info mengenai Ahmad Ammar di mukabuku abang iparnya…abahnya..maknya..malah facebook arwah sendiri..aku menangis…seolah-olah aku kenal rapat dengan arwah Ammar. Ya!Allah….aku jadi tidak lelap mata malamnya. Hanya Allah yang mengetahui perasaan aku ketika itu.

Dititipkan anak yang baik buat abah dan maknya. Anak yang begitu istimewa. Begitu ramai yang memuji arwah Ammar. Baik dikalangan orang Malaysia mahupun orang Turki sendiri..semuanya menyanjungi dan menyayangi arwah. Syahidnya arwah dalam jalan menuntut ilmu di Turki.

credit gambar dari ayahnda arwah Ammar
credit gambar dari ayahnda arwah Ammar

 

15 Februari 1993 – 2 November 2013. Ammar dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 para sahabat nabi, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Rakyat Malaysia yang pertama diberi penghormatan untuk dikebumikan di sana. SubhanAllah.

Sehingga ke hari ini malah masa akan datang, orang akan sentiasa mengingati perjuangan Ahmad Ammar. Aku juga berdoa agar anak lelakiku diberi kekuatan untuk menjadi seperti Ahmad Ammar. Yang dapat meneruskan perjuangannya.

Salam takziah dari saya buat Pakcik Azzam, Makcik Azlina, Adik Beradik arwah, kaum keluarga, Muhamad Suhail dan terima kasih kerana sudi membenarkan coretan yang tidak seberapa ini. Memang aku tidak kenal siapa Ahmad Ammar tapi Allah gerakkan hati aku untuk cari apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh arwah Ahmad Ammar. Membuat aku lebih menghargai semuanya. Membuat aku lebih terkesan dengan ketentuan Illahi. Mati Itu Pasti.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang yang soleh dan disayangi Allah. Al Fathihah.

p/s : Anda jugak boleh saksikan dan ikuti kisah-kisah manis perjuangan Ahmad Ammar di hashtag #letsfollowammar & #GPTD

16 thoughts on “Ammar Dan Bidadari Syurga”

  1. Akak dulu pun asyik sedih je..mcm kenal..rupa rupanya makcik azlina sedara dgn arwah mak abg azmer..tapi akak belum ckp lg kt suhail..diorang slalu singgah kt umah mentua. Rupanya..kecik sungguh dunia..Takpe hanya doa semoga dia ditempatjan dikalangan org beriman lin..Aminnn
    ziana recently posted..The Wedding WorldMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge