IB Clan Family Day di Jeram (Part 1 – Pantai Indah Seaview Resort Jeram)

Orang sibuk ngan Villa Nabila Berhantu….saya pun nak sibuk ngan Villa Pantai Remis Berhantu.….hehehehehhee….

Alhamdulillah. Berjaya dengan jayanya hari keluarga yang dirancang-rancang dalam masa 3 bulan sahaja. Syukur.

Rancangan awal kami memilih De Palma Hotel tapi memandangkan masing-masing nak suasana tepi laut, akhirnya kami memilih Pantai Remis, Jeram, Selangor.

Selepas melihat blog kakak comel saya Kak Yan tempohari, lantas kami memutuskan untuk memilih Pantai Indah Seaview Resort. Keluarga saya datang sehari lebih awal iaitu Jumaat petang. Sengaja bagi memudahkan persiapan pagi Sabtu berikut.

Lokasi apartment Pantai Indah Seaview Resort agak mencabar jugak. Sampai sesat-sesat kami. Padahal dah dekat jek. Sepanjang laluan menuju ke Pantai Indah Seaview Resort dipenuhi lalang-lalang dikiri kanan laluan. Memang agak terpencil kawasannya.Tapi awas!!bila dah sampai…baru rasa seronok suasana di situ. Untuk review Pantai Indah Seaview Resort kemudian saya kongsikan.

Malam itu, kami singgah makan kerang bakar Pantai Remis. Awalnya, kami ingin ke Aroma Ikan Bakar tapi cuba alih angin pulak ke Pantai Remis. Kedai ini memang betul-betul di tepi laut Pantai Remis. Selain Kerang Bakar terdapat macam-macam jenis Ikan Bakar. mari cuba Ikan Bakar Pantai Remis pulak 🙂

Gendang Gendut tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati (*__*). Bagi saya, lebih sedap ikan bakar di Aroma Ikan Bakar kot…sebab saya lebih sukakan kuah asam di sana berbanding di Ikan Bakar Pantai Remis. Jumlah makan untuk 11 orang, RM180.60. Mahal kan?

Apapun kami enjoyyyy!!!

p/ s : pasal Villa Berhantu tu nanti saya cerita kemudian ek……

4 thoughts on “IB Clan Family Day di Jeram (Part 1 – Pantai Indah Seaview Resort Jeram)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge