7 Kaedah Untuk Jadi Seperti Ahmad Ammar

Memang adat dunia…yang masih bernyawa seringkali dibiarkan namun apabila nyawa sudah berpisah dari badan, begitu banyak cerita diperkatakan.

Begitu juga dengan Ahmad Ammar.

Selepas entri tentang Ammar Dan Bidadari Syurganya kelmarin, ramai yang bertanyakan aku. Siapa Ahmad Ammar? Kenal ke? Saudara ke? Kenapa hebat sangat Ahmad Ammar tu?

Aku memang tidak mengenali Ahmad Ammar semasa hayatnya tetapi aku mengenalinya selepas beliau tiada di muka bumi. Dijemput Illahi di Turki.

Lihat sahaja di ruangan facebook Ahmad Ammar sendiri, walaupun beliau sudah tiada namun orang masih mengingatinya. Bukan sahaja rakyat Malaysia malah orang Turki juga.

Selamat Tinggal Ammar! Abah dan Emak tahu kau bahagia di sana menemui Sang Penciptamu yg meminjamkan sementara kpd kami. Kami redha dan bersyukur atas takdir yg tiada siapa mampu menolaknya. Inilah yg terbaik utk Abah dan Mak. Mati itu permulaan kehidupan abadi dan hakiki
Selamat Tinggal Ammar! Abah dan Emak tahu kau bahagia di sana menemui Sang Penciptamu yg meminjamkan sementara kpd kami. Kami redha dan bersyukur atas takdir yg tiada siapa mampu menolaknya. Inilah yg terbaik utk Abah dan Mak. Mati itu permulaan kehidupan abadi dan hakiki

Bagaimanalah agaknya mak dan abahnya mendidik Ahmad Ammar? Antara tips dan kaedah yang diterapkan oleh Tn Haji Ahmad Azam Abd Rahman, abah kepada arwah ialah 7 Kualiti Generasi Perubahan Ummah ialah :

1. Anak-anak mesti ditanam dengan visi ummatik sejak kecil, iaitu keazaman membuat perubahan demi ummah. Ini satu daripada 7 kualiti yg perlu dibentuk pada anak-anak kita untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti khalifah yang sama-sama akan merubah sistem yang ada sekarang yang dikuasai kuffar.

2. Dinamakan dengan nama yg menggambarkan satu cita-cita besar

3. Adab kepada Allah, ibubapa, ulama2, guru2, jiran2 dan lain-lain

4. Menguasai Al-Quran

5. Mendirikan solat dan utk menjadi khalifah, mewajibkan solat tahajjud ke atas dirinya

6. Menguasai ilmu2 kontemporari

7. Menguasai ilmu diplomasi, menguasai paling kurang 4 bahasa (bagi org Melayu Islam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan satu lagi) Anak-anak ini insyaa Allah akan menjadi khalifah di masa hadapan untuk mengeluarkan masyarakat, negara dan dunia daripada neo-imperialism.

Waspada dengan agenda Barat yg memecah belahkan umat Islam melalui:-

a) Membahagi negara-negara Islam kepada 4 kelompok dengan masing-masing diketuai sebuah negara dengan ketenteraan yg kuat utk membendung kebangkitan Islam (kelompok Arab, Turki, Melayu & Indo-Pak) .

b) Membahagi masyarakat Islam kpd 4 kumpulan – konservatif; modernis; sekuralis; dan fundamentalis – supaya mereka penat bertelagah sesama sendiri dan lupa isu global, negara dan masyarakat.

sumber : blog Fetyan Fateh & Muhamad Suhail

Semoga boleh diterapkan buat anak-anak kita untuk meneruskan perjuangan Ahmad Ammar. Al Fathihah.

 

7 thoughts on “7 Kaedah Untuk Jadi Seperti Ahmad Ammar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge