IB Clan Family Day di Jeram (Part 2 – Warm Up)

Salam Jumaat. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur buat kita semua.

9 Nov 2013, Pantai Indah Seaview, Pantai Remis.

Bermula misi IB Clan Family Day 2013.

Seawal 8.00 pagi saya dan ahli keluarga sudah bersiap sedia untuk menyambut para waris IB Clan. Pendaftaran bermula dari jam 8.30 – 9.15 pagi.

Borang-borang beserta nombor cabutan bertuah siap sedia untuk diberi kepada waris-waris arwah Ibrahim Lembut & Bibah Lembang. Seramai 72 orang.

Banner IB Clan  sudah digantung….

Semakin ramai yang telah mendaftar…. bertambah lagi…..riuh satu padang IB Clan jek..

Bersama MC bidang terjun kami, Abang Along. Pada mulanya MC kami adalah Moon tapi memandangkan Moon jugak agak sibuk, jadi kami serahkan pada Abang Along. Jadi, topik agak lari sedikit tapi takpelah MC ni boleh buat lawak..jadi tidaklah boring sangat. Acara bacaan doa oleh Ustaz Aziz. Alhamdulillah semakin pulih sepupu saya akibat kemalangan awal tahun ritu…Sanggup turun dari Sungai Petani ke Pantai Remis. Semoga dipermudahkan semuanya.

Sebelum acara sukan dan potret keluarga dimulakan…kita makan duluuuuu. Masing-masing bawak makanan sendiri dan makan ramai-ramai….

Abahku yang hensem

Sebelum mak jemah kesibukan diri…baik mak jemah berpossing-possing dulu dengan kak ton, kak nab dan kak mah yang lain….

Bersama urusetia Sukan (Ita) dan urusetia Fotografi (Ika) yang merupakan sepupu saya tersayang. Opps!!yang dibelakang tu bakal sepupu 🙂

Saya selaku urusetia Hadiah, Adik Kecil selaku urusetia Penginapan & Pendaftaran dan Ita selaku urusetia Sukan…bergabung…meletopssss..ahaksss!!!

Bersama mak tersayang. Mak saya adalah anak ke 5 dari 10 beradik.

Sibuk dok suruh orang pakai kasut sukan…mak jemah sendiri tak sempat nak sarung sebab mak jemah sibuk ke hulu ke hilir masa ni…sori Awin selaku urusetia Sukan.

Urusetia Makanan (Moksu). Moksu adalah anak terakhir Ibrahim Lembang.

Anak bujang saya yang selalu buat hal. Suruh masuk sukan takmau..suruh tu tak mau..tau-tau nak hadiah jek…. Ada dara ok je …

Hero kesayangan saya. Hensem tak?

Akan bersambung untuk aktiviti seterusnya……..

6 thoughts on “IB Clan Family Day di Jeram (Part 2 – Warm Up)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge