IB Clan Family Day 2013 (Part 3)

10.00 pagi – Aktiviti Sukan

Urusetia Sukan iaitu Awin, Ita, Fika & Zaidi telah menyiapkan peralatan untuk aktiviti Sukan. Kami telah membahagikan kepada 5 jenis sukan mengikut kategori masing-masing.

Sukan Rebut Gula-Gula bagi kategori kanak-kanak bawah 6 tahun

comel semuanya …

Ready! to go! 

Ini sudah lebihhhh….bukan takat mak-mak yang masuk campur….nenek-nenek pun sibuk tolong kutippppp…hahahahahhaha…

Para Juri sedang mengira sapa pemenang Sukan Rebut Gula-Gula paling banyak 🙂

Sukan Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun

Readyyyy!!!!

Paling kecik adalah poksu Fariz. Yang lain semua merangkap anak manakan dia…hehehehe

Kemon akmal ….

Sukan Buat Kapal Terbang Kertas Terpantas bagi remaja 13 tahun keatas

Masing-masing diberikan kertas A4 sorang selai. Belek-belek dulu kertas tu ek ..

Ingat bagi kertas suruh tulis surat cinta…rupanya kena buat kapal terbang kertas…pastuuuu siapa baling paling jauh adalah pemenangnya. Nampak senang tapi payah sebenarnya …

Alahai …. malu-malu pulak kapal terbang kertas nak terbang ek.

Juri dah bagi kata putus. Siapa baling paling dekat tak dapat hadiah….huhuhuhu…

Sukan Bowling Padang untuk kategori keluarga

Pertama kali main bowling padang ni. Memang best giler kot. Jangan ingat kami bawak bola bowling macam kat pusat bowling tu ek … kami bawak buah kelapa gitew …. import dari Paya Jaras … hehehehe …

Pin bowling pulak kami guna botol mineral yang mengandungi air sedikit.

Yey! kemon my baby. U can do it!

Gaya macho namanya … penuh gaya si Abang Pali ni …

Amboiii kak tonnnnn…macam nak menari balley jek…kelapa ko terapung cam Moero attack je…Tukang kira pin jatuh ni asyik gelak jer sebab dapat tengok macam-macam aksi …

Amboi emakku yang jelita … kemain lagik …

Macam-macam pesyen dan aksi …

Dik Not selaku AJK Sukan sedang mengambil nama para pemenang.

Cara Mainan Bowling Padang : Sebijik main bowling 🙂

Sukan Musang Berjanggut untuk pasangan

Semua tengah standby nak main Musang Berjanggut. Memang best aktiviti ni…macam filem Musang Berjanggut P. Ramlee plak …

Cara Mainan Musang Berjanggut : Kena asing-asingkan kacang hijau, beras dan kacang dal. Nangissssss!!!!

Selesai 5 acara sukan Hari Keluarga IB Clan. Memang agak kelam kabut. Maklumlah pertama kali buat. Tapi memang best….masing-masing sporting. Yang tak sporting tu harap maafkan urusetia ye….

3 thoughts on “IB Clan Family Day 2013 (Part 3)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge