IB Clan Family Day (Part 5)

Sambungan dari IB Clan Family Day (Part 4)

Malamnya kami berbarbeque pulak. Masing-masing bawak bahan mentah sendiri tapi bakar ramai-ramai. Urusetia barbeque dikendalikan oleh Abang Nizam dan Encik Suami, Rashidan.

Sambil berbarbeque kita akan membuat cabutan bertuah. Mari lihat siapa yang bertuah 🙂

Ready untuk diagih-agihkan…
Generasi Ke 3 Ib Clan…

Tahniah buat para pemenang hadiah bertuah. Terima kasih buat penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah setiap keluarga dapat sorang 2. Yang lebih tu kami beri pada adik-adik yang benar-benar bertuah. Kalau nak bertuah semuanya kenalah bagi hadiah lebih tahun depan ek…

Happy Birthday to Yasir dan Danish 🙂 Kebetulan harijadi uncle dan anak buah ni jatuh pada hari yang sama iaitu 8 November.

Sebahagian urusetia…..

Alhamdulillah majlis barbeque malam itu berjaya dengan jayanya walaupun ada panas sikit. Tahniah juga kepada semua urusetia yang bertungkus lumus untuk menjayakan hari keluarga IB Clan ini dalam masa singkat. Semoga program ini akan diteruskan setiap tahun. InsyaAllah program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Walaupun dikalangan kami duduk selang serumah tapi jika berkumpul beramai-ramai memang seronok rasanya.

Berjuta kemaafan saya mohon pada semua yang terlibat jika ada kekurangan, kekasaran, kelebihan pada anda semua. Sesungguhnya apa yang dipamerkan, dilontarkan, tidak terjangkau difikiran. Memang program sebegini akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Mesti ada serba sedikit rasa tidak puas hati. Buat permulaan memang banyak kekurangan. Dan alhamdulillah, rata-rata rasa berpuas hati, pada yang tidak berpuas hati tu boleh bincang elok-elok. Itu semua boleh adjust. Jika ada yang terasa tu, maafkan saya dan urusetia yang terlibat. Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah utuh.

We Love IB Clan 🙂

11 thoughts on “IB Clan Family Day (Part 5)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge